Isnin, 24 Oktober 2011

DUNIA SEAKAN-AKAN MENJADI SEMAKIN MUDA, TETAPI BUMI TELAH MENJANGKAU USIA SENJA



Dunia dan Bumi merupakan antara makhluk Allah yang besar kerana segala makhluk Allah adalah penghuninya. kedua-duanya adalah bersifat tidak kekal dan akan mengalami hari kehancuran. Hari kehancuran inilah yang disebut hari Kiamat sebagai pengakhir kepada segala-galanya dan akan kembali kepada Allah.s.w.t yang kekal abadi di alam sana. beriman kepada hari kiamat merupakan salah satu diantara rukun Iman yang wajib diyakini oleh semua muslim yang beriman. Dunia ini menjadi semakin hanyut dan alpa gara-gara disebabkan oleh perbuatan manusia, dunia ini menjadi semakin moden, maju dan berkarisma, sedangkan bumi seolah-olah telah menjangkau usia senja.


Sekarang, semua tempat di dunia, sudah tidak ada lagi tempat yang selamat melainkan yang mendapat perlindungan dari Allah s.w.t. bermacam-macam gempa. taufan, ribut dan bencana yang berlaku di bumi ini, wajarlah ia menjadi sedemikian rupa, kerana ia telah hidup beribu-ribu bahkan berjuta-juta tahun dahulu sejak ia diciptakan lagi sebelum penciptaan Nabi Adam 'alaihissalam. apakah kita masih merasa selamat hidup di dunia ini tanpa mendapat perlindungan dan rahmat Allah s.w.t.??semestinya tidak...




Dalam surah Ar-Rum pada ayat 41 Allah s.w.t ada berfirman bahawa kerosakan di bumi dan di langit adalah disebabkan oleh perbuatan manusia sendiri...


"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala' bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."


Bukakan mata hati kita semua. renung-renungkan maksudnya dengan sepenuh hati yang beriman supaya kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang berfikir yang disebut sebagai ulul al-bab yang sebenar...