Rabu, 14 Disember 2011

HATI YANG SATU

HATI......inilah satu makhluk Allah yang paling berharga dalam diri setiap manusia kerana hati inilah yang akan menjamin segala perkara yang dilakukan oleh manusia. Andai baik hati itu, maka baiklah tindakan, jika tidak baik hati maka akan tidak baiklah tindakan yang terhasil. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w dalam satu hadis daripada hadis 40 Imam Nawawi yang bermaksud: ......"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati." (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)
Nah! inilah bukti yang jelas, terang lagi bersuluh tentang kedudukan hati yang amat penting sekali peranannya dalam memandu kehidupan manusia di dunia ini. Dan pemanduan ini  haruslah jelas pada tujuannya sama ada berpandu pada IMAN atau NAFSU semata-mata??ya! inilah satu persoalan yang perlu kita semua perhatikan pada diri kita, dimanakah terletaknya kedudukan hati kita yang sebenarnya? adakah pada Iman yang benar atau pada nafsu yang membawa kepada kejahatan.Nauzubillah!!

Kadang-kadang hati kecilku pernah berkata-kata dan bermain sendirian dengan pelbagai persoalan yang timbul...di manakah hala tuju hati ini? bagaimanakah tahap ketetapan yang ada pada hati ini?apakah hati ini telah sampai pada peringkat yang benar-benar dapat menjamin diriku selamat apabila menghadap pada Sang Pencipta kelak? Apakah cukup sekadar ini kemampuan hatiku berfungsi dalam mengejar redha yang Maha Berkuasa? dan banyak lagi persoalan-persoalan yang sentiasa bermain dalam dadaku yang menempatkan hati ini. Hati inilah juga yang akan menunjukkkan siapakah sebenarnya diri kita. sabda Rasulullah s.a.w : "Setiap amalan itu bergantung pada niat..." dan niat ini terletaknya pada hati yang akan terus sampai refleknya pada otak untuk berfikir melalui saluran darah yang akan menentukan apakah tindakan yang akan terhasil.

Selain itu, hati ini lah juga tempat yang selalu biasa dengan perkara yang dinamakan sangkaann atau lebih hebat lagi, namanya ialah " ظن ". sangkaan ini terbagai pula kepada dua sama ada sangkaan yang baik(حسن الظن) atau sangkaan yang jahat(سوء الظن). Sangkaan pada hati ini bukan sahaja ditujukan pada makhluk, tetapi juga berhubungkait dengan al-Kholiq Yang Maha Esa. Sangkaan pada diri kita juga adalah salah satunya dan sangat perlu diperhatikan kerana andai sangkaan pada diri kita itu terpesong dari jalan yang sebenarnya ia akan menyebabkan kebinasaan pada diri kita di akhirat kelak. Yang dimaksudkan di sini tentang sangkaan pada diri ialah jangan sesekali merasa bangga pada diri dengan kebaikan dan ibadat yang dilakukan kerana ia adalah daripada sifat riyak yang juga merupakan daripada syirik khofi. Sebagaimana Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpa kamu ialah syirik yang kecil." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apa dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah?" Baginda s.a.w menjawab: "( Syirik yang kecil itu) ialah riak......(HR Mahmud bin Labid r.a). Inilah perkara yang wajib dijaga oleh kita semua pada hati. Dan sangkaan selainnya adalah semestinya berpaksikan kepada husnu al-dzon terutama kepada Al-Kholiq dan makhluk-makhluknya di bumiNya ini.


HATI...yang paling akhir ingin dibangkitkan ialah disitulah letaknya segala perasaan sama ada marah, sayang, benci, cemburu, kasihan dan sebagainya.Perasaan sayang, cinta, kasih dan sayang ini haruslah ditujukan hanya pada yang mencipta perasaan ini dahulu , kemudian ditujukan pula kepada utusanNya, ibu bapa, keluarga, sahabat handai dan sebagainya. Itu adalah sebahagian daripada perasaan positif, tetapi bagaimana pula dengan perasaan negatif?AWAS! perasaan negatif yang berada pada hati ini sangatlah merbahaya kerana akan menyebabkan seseorang itu akan bertindak diluar kawalan, umpamanya seperti perasaan marah, kadang-kadang ia boleh membawa kepada pergaduhan besar  dan seterusnya menyebabkan kepada pembunuhan. Nauzubillah!!


Ya!!itulah sedikit kupasan yang berkaitan dengan hati. Dan yang paling utama tentang hati ialah jagalah hati ini, kerana hati ini hanya satu, sebagai anugerah pertama dan terakhir yang tiada gantinya. Andai anda menjaga hati ini dengan baik, maka akan eloklah segala yang ada pada diri anda. Andai anda gagal menjaga hati ini dengan baik, maka akan musnahlah segala apa yang ada pada diri anda sama ada di sini atau di sana. Kerana semua ini adalah makhluk yang bersifat baru dan tidak kekal, pastinya semuanya akan musnah suatu hari nanti termasuk hati ini. Sama-samalah kita cuba untuk memeriksa kembali hati  kita, sampai tahap manakah pencapaiannya? adakah A+ atau F?fikir-fikir dan renung-renunglah pada hati anda dan hati anda pasti akan berbicara untuk diri anda.. Bermuhasabahlah pada iman kita, hati kita dan amalan kita. Dan didoakan semoga hati kita semua adalah hati yang sentiasa tetap dan istiqomah pada jalan Allah s.w.t, serta tergolong dalam hati yang dijanjikan balasan Syurga di akhirat kelak....Amin...