Jumaat, 27 Januari 2012

BUMI DAN LANGIT KIAN MERAGAM....


Assalamualaikum semua......jika dilihat pada dunia masa kini, sangat rapuh kedudukannya tidak kira sama ada fizikalnya atau suasana dunia kini yang semakin hanyut di badai hiburan yang melalaikan terutamanya di kalangan muda mudi kini. Bermacam-macam bala yang telah terjadi jika dilihat di Malaysia sendiri seperti, pembunuhan, pergaulan bebas, pembuangan anak, jenayah dadah dan tidak kurang juga bencana alam yang terjadi di sana sini.... Menurut pendapat saya, langkah yang paling utama untuk menghadapi ini semua adalah kembali semula pada hukum Allah dan pada ajaran Rasulullah s.a.w, khususya kembalilah kepada ajaran Islam yang sebenarnya....
insyaAllah, pasti semuanya akan menjadi tenang dan aman dengan kembalinya pada ajaran yang fitrahnya suci dan menyamankan....semoga semua yang terjadi membuatkan kita semua sebagai suatu pengajaran dan amaran keras agar kembalilah pada ajaran Islam yang sebenarnya yang akan membawa kepada kebahagiaan bukan sahaja di dunia ini bahkan di akhirat jua nanti...insyaAllah...




Bumi dan langit kian meragam,
Manusia juga turut sama meragam,
Bermacam jenayah dan bala telah pun timbul dewasa kini,
Semuanya berpunca dari diri sendiri.

Bumi dan langit kian meragam,
Pelbagai kejadian aneh telah berlaku di dunia ini,
Tidak kira dimana jua wujudnya kejadian yang mengancam,
Pasti akan mendatangkan gerun di hati.

Bumi dan langit kian meragam,
Cuaca dunia juga tidak seragam,
Kehidupan manusia semakin tidak stabil jadinya,
Penyebab dunia makin porak-peranda.

Bumi dan langit kian meragam,
Di sana sini wujudnya pembunuhan kejam,
Peperangan juga apa kurangnya,
Menjadikan nyawa dan darah tiada nilainya.

Bumi dan langit kian meragam,
Semua planet semakin beredar dari paksinya,
Munculnya bermacam kejadian terbaru dan terkini pada fenomena alam ,
Tidak kira sama ada di bumi atau di angkasa.

Bumi dan langit kian meragam,
Masing-masing bertindak menghembur hawanya yang tersendiri,
Cara yang diluahkan juga bermacam cara dan ragam,
Namun manusia tetap ingkar dan juga lalai.

Bumi dan langit kian hebat meragam,
Semua manusia menyaksikan sendiri setiap kejadian,
Namun matanya terbuka tapi hatinya terkatup kejam,
Masih juga tersasar ditakuk lama yang amat mengiyurkan.

Bumi dan langit kian rancak ragamnya,
Sebahagian besar tanda pengakhiran dunia telah kelihatan,
Bermacam suara ganjil telah kedengaran,
Namun sebahagian manusia tetap juga buta mata hatinya.

Bumi dan langit kian aktif tindak ragamnya,
Seperti sebuah peringatan terakhir,
Namun tiada apa yang terkesan dihati manusia,
Hanya cuma segelintir sahaja yang kembali tersedar.

Bumi dan langit kian meragam,
Inilah tanda kebesaran dan kekuasaan Ilahi Yang Maha Kuasa,
Juga suatu panggilan keras dari Maha Pencipta,
Agar manusia kembali pada Islam ajaran agama suciNya,

Bumi dan langit kian meragam,
hawa panas dan sejuk semua diluluhkannya,
Agar manusia tersentak dari kealpaan lama,
Dan kembali mengejar pada kebenaran yang nyata.

Bumi dan langit kian meragam,
Bermacam lahar dan lava telah dihembur keluar semuanya,
Agar manusia bangkit tersedar dan kembali kepada Islam,
Menuju pada keredhaan Allah Ta’ala yang kekal selamanya.

Bumi dan langit kian panas menggelupar ragamnya,
Sebagai tanda dunia bakal berakhir,
Telah pun diingatkan Kitab suci Al-Quran dan As-Sunnah tentang hari kehancurannya,
Agar kita akan tetap teguh di jalanNya hingga ke dunia yang terakhir.

Bumi dan langit kian meragam,
Menyedarkan kita tentang sementara disini,
Ayuh bangkitlah semua dengan penuh kecahayaan iman dan Islam,
Menuju ikhlas mengejar keredhaan Allah Ta’ala bukan sahaja di dunia bahkan juga di akhirat yang kekal abadi.

Insyaallah...Amin... 



Rabu, 25 Januari 2012

ANDAI DIRIMU TERJATUH CINTA.....♥

Assalamualaikum warohmatullahi wabarokatuh....disini ingin saya nukilkan sedikit coretan sendiri yang terbit dari tarian-tarian tanganku di pentas teknologi ini....


ANDAI DIRIMU TERJATUH CINTA


Andai dirimu terjatuh cinta,
Jangan biarkan cinta itu melemahkan jiwa,
Jangan dibiarkan cinta itu membawamu pada keseronokan dunia,
Tetapi, simpanlah ia di sudut hati kecilmu buat sementara,
Justeru, berdoalah pada Ilahi yang menentukan segala-galanya,
Agar cinta itu adalah cinta suci yang dianugerahkan buatmu tatkala awal dari Yang Maha Esa.


Andai dirimu terjatuh cinta,
Namun cinta itu datang belum pada waktu dan ketikanya,
Tika itu juga, persediaanmu belum mantap untuk menerimanya,
Dan dirimu masih tertanya-tanya, adakah cinta itu benar  atau mainan nafsu sahaja,
Justeru itu, mintalah petunjuk padaNya,
Agar cinta yang terbit itu adalah cinta yang benar dan tepat 
serta didekatkan hati-hati kau dan dia,
Diatas jalan dan landasan yang benar pada Yang Maha Kuasa.


Andai dirimu terjatuh cinta,
Namun cinta itu melekat kemas pada hatimu sebelum halalnya 
untuk dilekapkannya,
Maka, sabarlah dan tahanlah jiwamu yang sedang kuat bergelora,
Tahanlah ia dengan kembali pada tunjuk ajar agama Islam mu beserta 
fitrah suci nurnya, 
Tunggulah kamu sementara dan biarkan cinta itu berbicara sendiri pada 
hatimu tika tiba waktu dan detik halalnya,
Agar kamu bisa memperoleh rahmat dan keredhaan dari Yang Maha 
Meredhai buat sesiapa yang dikehendakiNya.


Andai dirimu terjatuh cinta,
Namun kau masih ragu-ragu dengan perasaan indah itu yang lagi bercahaya,
Adakah ia dari hambatan nafsu semata-mata,
Atau cinta itu adalah kurniaan dan anugerah dari yang menciptakan cinta,
Maka sebaiknya, kamu diamkanlah dulu perasaan yang teruja itu ke dalam 
lubuk hatimu yang paling jauh berserta ikhlas yang sebenarnya,
Agar nanti cinta itu akan terbit kembali ketika detik halalnya,
Terus cinta itu akan menjawab segala keraguan yang timbul pada awalnya.


Andai dirimu jatuh cinta,
Dan cinta itu datang tepat pada detik dan waktu untuk merasainya,
Kedatangan itu pula adalah tika detik halalnya berserta persediaan yang 
kental dan keyakinan yang kuat pada hati dan jiwa,
Maka, genggamlah anugerah suci itu sepenuh ikhlas pada jiwa,
Genggaman yang kuat itu, jangan sekali-kali cuba dilepaskan andai tanpa alasannya,
Agar keredhaan Allah s.w.t bakal kau miliki di dunia mahupun di akhirat jua.....


Amin.......♥

Rabu, 18 Januari 2012

Fatonahnya Rasulullah s.a.w menyelesaikan masalah dan sifatnya pada isteri tercinta......

Suatu hari, ada satu perkataan yang membuatkan antara Siti Aisyah r.a dan Rasulullah s.a.w bertegang. untuk mengatasinya, diperlukan seorang hakim yg dapat berlaku adil bagi keduanya, Rasulullah s.aw menawarkan,

"Ya Aisyah, siapakah yg hendak engkau pilih utk mengadili kita?adakh Umar?"

Aisyah r.a menjawab: "tidak...aku tidak memilih umar, dia terlalu keras"

"Apakah engkau pilih ayahmu"

"Benar...aku pilih ayahndaku sendiri yakni Abu Bakar as-Siddiq"

Rasulullah s.a.w mengirim utusan memanggil saidina Abu Bakar utk meredakannya. Terus ayah Aisyah r.a segera datang, lantas Rasulullah s.a.w menjelaskan masalah yang sebenarnya.....

" ini adalah masalah daripadanya"

Aisyah r.a membantah : "Bertakwalah kpd Allah, jgn engkau mengatakan selain yang hak"...kata Aisyah r.a kepada Rasulullah s.a.w.

Mendengar itu, Abu Bakar r.a merasakan Aisyah r.a melampaui batas lantas mengangkat tangannya hendak memukul Aisyah r.a. Aisyah r.a ketakutan lalu terus berlindung disebalik Rasulullah s.a.w sehingga baginda berkata :

"Ya Abu Bakar, aku bersumpah...aku tidak memanggil engkau untuk ini"

Abu bakar r.a sngt geram dengan Ucapan Aisyah r.a pada Rasulullah s.a.w, namun ,mendengar ucapan baginda lebih baik Abu Bakar as-Siddiq keluar meninggalkan mereka.

setelah ayah Aisyah r.a meninggalkan tempat itu, barulah Aisyah r.a berdiri menjauhi Rasulullah s.a.w.

Baginda mengusik: " Ya Aisyah, dekatlah kepadaku!"......tentu Aisyah r.a menolaknya, tetapi Rasulullah s.a.w semakin mengusiknya...

" Bukankah tadi engkau memegang erat belakangku!"....
 
~Dipetik dari satu buku karya Dr. Abd Rahman Umayrah~

Selasa, 17 Januari 2012

SEDEKAH HARIAN, SETIAP WAKTU DAN KETIKA..........

 عن أبي هریرة  قال: قال رسول الله صلى الله عليه وسلم : (( آل سلامى من الناس عليه صدقةٌ آل یوم تطلع فيه الشمس، تعدل بين اثنين صدقة، وتعين الرجل في دابته فتحمله عليها، أو ترفع له عليها متاعه صدقة، والكلمة الطيبة صدقة، وبكل خطوة تمشيها إلى الصلاة صدقة وتميط الأذى عن الطریق صدقة )) رواه البخاري ومسلم.


 Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.

Daripada Abu Hurairah r.a. beliau berkata: Rasulullah SAW telah bersabda: Setiap anggota badan manusia adalah sedekah baginya pada setiap hari apabila terbit matahari; engkau berlaku adil (iaitu mendamaikan) antara dua orang (iaitu dua orang yang berbalah) adalah sedekah, engkau membantu seseorang naik kenderaannya atau mengangkat barang-barangnya ke atas kenderaannya adalah sedekah, perkataan yang baik adalah sedekah, setiap langkah yang engkau hayunkan kaki pergi sembahyang adalah sedekah dan menghilangkan sesuatu bahaya di jalanraya adalah sedekah.

Pengajaran hadis:

(1)  hadis ini menerangkan bahawa setiap amal perbuatan mukmin walaupun kadang-kadang
dianggap biasa atau sedikit, akan mendapat pahala sedekah.

(2) Seorang mukmin boleh mendapat pahala sedekah hasil setiap pergerakan anggota tubuh badannya. Tangannya, kakinya, mulutnya dan akalnya berhak mendapat pahala sedekah apabila melakukan amal kebajikan.

(3) Ruang untuk mendapatkan pahala dalam lslam amat luas dan tidak hanya terbatas kepada amal ibadah khusus semata-mata, sehingga kadang-kadang tidak disangka bahawa sesuatu perbuatan yang dianggap biasa itu menjadi ibadah dan diberikan pahala.

Maka, janganlah anda segan-silu lagi untuk melakukan amal kebajikan sama ada kepada diri  sendiri atau orang lain ataupun seluruh makhluk kerana setiap perbuatan amal itu adalah pahala sedekah. Lihatlah dan renunglah betapa murahnya Allah yang bersifat Ar-Rahman (Yang Maha Pemurah)  untuk memberi ganjaran pahala kepada kita semua. Sedekah ini bukan bermaksud dengan memberi harta sahaja, tetapi sedekah juga adalah perkhidmatan yang diberikan dan amalan yang dilakukan dengan ikhlas kerana Allah s.w.t........

Rabu, 4 Januari 2012

HIKMAH DISEBALIK SEMUANYA........

Syariat Islam adalah suatu suruhan yang diperintahkan Allah kepada semua Umat Islam. Syariat yang paling asas ialah sebagaimana yang terkandung dalam lima rukun Islam yang utama. Pertamanya mengucap dua kalimah Syahadah, solat lima waktu, berpuasa di bulan Ramadhan, mengeluarkan zakat dan mengerjakan haji ke Baitullah. Kelima-lima rukun Islam ini adalah suatu syariat yang wajib dilakukan oleh semua umat Islam melainkan yang kelima adalah diwajibkan bagi yang berkemampuan. 

Pada rukun Islam yang pertama, iaitu mengucap dua kalimah syahadah, ucapan kalimah mulia itu bukan sahaja dapat menenangkan jiwa, bahkan ia juga sebagai terapi bagi sesiapa yang mempunyai penyakit hati atau penyakit jiwa. Fungsinya sebagai penenang jiwa amatlah jelas dan terang dengan akuan benar terutama daripada semua saudara baru yang baru memeluk agama Islam. Daripada semua kisah saudara baru yang baru memeluk Islan yang telah saya baca sebelum ini, isu yang pertama dan pengalaman yang tidak dapat dilupakan bagi mereka ialah semasa mengucap dua kalimah syahadah kerana ketika itu terasa hati mereka terasa teramat tenang tanpa resah gelisah dan seakan-akan telah mempunyai satu matlamat hidup yang jelas. Maka dari situ, dapat saya simpulkan akan kemuliaan ucapan kalimah syahadah ini yang sangat agung yang menjadi teras pegangan aqidah dan tauhid bagi semua umat Islam termasuk diri saya ini dan sahabat-sahabat sekalian. Seterusnya, melalui pembacaan saya yang lepas telah mengoreksi satu rahsia besar pada kalimah syahadah ini dimana kalimah mulia dan agung ini adalah sebagai satu penawar dan penyembuhan bagi mereka yang mempunyai penyakit hati selain mengamalkan zikir-zikir tertentu, begitu besar peranan dua kalimah syahadah ini. Selain itu, ingin saya kaitkan sedikit dengan ayat al-Quran kerana ucapan kalimah syahadah ini juga adalah sebahagian daripadanya. Terdapat banyak kajian- kajian luar negara yang dilakukan oleh para Saintis yang tidak beragama Islam pada sifat molekul-molekul air yang dibacakan dengan ayat al-Quran dan tidak dibacakan dengan ayat al-Quran, dan melalui pengkajian mereka ini, sangat jelas hasilnya bahawa sifat molekul air yang dibacakan dengan ayat al-Quran adalah sangat cantik dan bersinar  berbanding yang tidak dibacakan dengan ayat al-Quran yang sangat buruk rupanya. Semoga dengan terbukti hasil pengkajian ini akan menarik lebih ramai antara mereka ini untuk memeluk agama Islam yang suci. Amin.... 
 
Bagi Rukun Islam yang kedua pula, solat lima waktu sehari semalam. Solat ini adalah satu syariat yang diturunkan Allah pada kita semua untuk melaksanakannya walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jika tidak boleh berdiri seperti biasa, maka boleh dilakukan secara duduk, jika tidak boleh juga, maka boleh dilakukan dengan cara mengiring, jika msih tidak berkemampuan juga, maka boleh dilakukan dengan berbaring, jika masih juga tidak mampu, maka boleh dilakukan dengan isyarat mata dan jika masih juga tidak mampu maka cara yang paling terakhir adalah dengan cara isyarat hati sahaja. Begitulah rukhsah (keringanan) yang ditetapkan bagi menunaikan solat jika dalam keuzuran dan betapa pentingnya syariat ini untuk dilaksanakan. Sebagaimana yang diketahui umum bahawa solat ini terdiri daripada banyak perbuatan tertentu dan perbuatan tersebut telah dikaji dan diakui akan kemanfaatannya pada sistem tubuh dan minda manusia. Yang pertamanya ialah kesan positif pada sisitem saraf, kemudian tulang, sistem pernafasan, aliran oksigen dalam otak dan seluruh sistem imunisasi badan. Kebanyakan kajian yang dilakukan adalah daripada golongan-golongan saintis yang tidak beragama Islam, tetapi tidak kurang juga banyaknya saintis yang bergama Islam melakukannya. Maka, hasil kajian yang dilakukan telah terbukti dengan jelas tentang kebaikannya kepada kesihatan tubuh manusia dan juga sebagai terapi jiwa yang terbaik. Tambahan lagi, sebelum solat, setiap muslim haruslah mengambil wuduk terlebih dahulu dan perkara asas utama dalam berwuduk ialah air. Air ini merupakan satu sumber yang terpenting bagi kehidupan untuk minum, membasuh dan kebersihan diri. Perlakuan wuduk ini dimulakan dengan membasuh tangan dan diakhiri dengan membasuh kaki dan anggota-anggota lain adalah merupakan anggota yang sangat terjejas kepada hama dan debu-debu luaran. Ini akan menyebabkan kepada bakteria yang juga disebut seperti virus yang menghidap pada manusia. Tetapi pada amalan seorang muslim, mereka akan membasuh semua anggota luaran yang terdedah itu sebanyak lima kali sehari dengan air, dan amat jelas sekali akan kebersihannya. Sepertimana berkata Dr. Danial Zainal Abidin, bahawa umat Islam adalah antara mereka yang sangat tipis peratusnya untuk mendapat virus SAR dan H1N1. Disinilah amat terbukti akan kepentingan kebersihan dan kesucian dalam ajaran Islam.

Zakat dan haji, syariat ini sangat berkaitan dengan harta  yang kita miliki. Andai kita merupakan salah seorang yang cukup pada syaratnya dari segi harta dan syarat tertentu yang lain, maka wajiblah kita tunaikannya. Agak berbeza dengan dua syariat sebelumnya yang lebih menjurus kepada kemampuan diri individu untuk menunaikannya tidak kiralah sama ada individu itu miskin atau kaya, tua atau muda, semuanya wajib dilakukan walaupun ada rukhsah-rukhshnya yang tertentu. Zakat ini lebih menjurus kepada amalan sedekah yang diwajibkan kepada golongan yang lebih berkemampuan dari segi harta yang dimiliki kepada mereka yang tidak berkemampuan, dan sebenarnya sedekah zakat ini adalah sebagai suatu terapi jiwa yang boleh mendamaikan jiwa. Adakah anda bersetuju dengan pendapat saya ini? ini adalah kerana jika kita bersedekah, seolah-olah kita telah dapat membantu meringankan beban mereka yang memerlukan sekaligus dapat memberi kebahagiaan kepada mereka, inilah sebenarnya yang boleh membuatkan kita tersenyum senang hati dengan melihat kegembiraan dan kesenangan di hati saudara seislam kita. Bukankah semua orang Islam itu bersaudara? maka inilah salah satu caranya kita dapat membuktikan persaudaraan seislam kita selain dari doa yang dihulurkan. 

Manakala, haji pula ialah menunaikannya di Baitullah Makkah al-Mukarramah yang merupakan tempat yang paling cerah dan stabil di dunia ini. Tidak semua orang berkemampuan untuk menunaikannya, tetapi beruntunglah bagi mereka yang telah dijanjikan Allah untuk sampai ke sana, moga-moga kita semua adalah antara mereka yang dijanjikan itu. Amin...
Pensyariatan haji ini sangat tersusun dan sistematik, kerana setiap amalan yang dikerjakan hendaklah mengikut satu persatu urutan yang wajib dilakukan, dan setiap amalan itu telah terbukti akan kebaikan dan kemanfaatannya menurut sains dan kesihatan. Jika kita lihat kepada satu amalan haji iaitu bersai' dari sofa ke marwa, ia dilakukan secara berlari-lari anak seperti joging sebanyak tujuh kali. Jika joging yang sekejap pun boleh menyihatkan badan, apatah lagi dengan amalan sai' ini, itu tidak ditambah lagi dengan amalan tawaf, melontar di tiga jamrah , bergunting atau bercukur dan sebagainya.

Memang tidak cukup helaian jika ingin menghuraikan segala-gala yang tersembunyi disebalik semua yang disyariatkan ini, mahupun dari segi hukumnya dan dari segi kajian santifik. ya! tidak dinafikan kajian sains ini datang kemudian dari  syariat, tetapi apa salahnya, jika kita gandingkannya apa yang berkaitan dengan manfaat hukum dan kebaikan sains agar hati kita ini lebih berkobar-kobar dan bersemangat untuk melakukannya tanpa sikap sambil lewa. Sebenarnya inilah hikmah yang tersembunyi disebalik semuanya yang telah dibuktikan oleh kajian sains..Fikir-fikir dan renung-renungkanlah bersama agar dapat memberi kebaikan dan kemanfaatan bersama...