Isnin, 6 Februari 2012

Ya Rasulallah Ya Habiballah...........



Ya Rasulallah
Kekasih tercinta Allah,
Lahirmu membawa cahaya iman dan Islam,
Lahirmu disambut syukur oleh semua penghuni alam,
Lahirmu juga membawa cahaya kebahagiaan buat keluargamu Bani Hasyim,
Hadirmu membawa rahmat agung ke seluruh alam.

Ya Rasulallah
Utusan Allah buat umat akhir zaman,
Tugas utamamu menyampaikan wahyuNya,
Menerangi alam dengan nur Islam, agama yang diredhaiNya.

Ya Rasulallah
Hidupmu dari kecil dihiasi ketenangan dan kepayahan,
Tabahnya dirimu mengharungi segala liku-likunya,
Sirah hidupmu telah kami susuli sebaiknya,
Sebagai panduan hidup kami sepanjang zaman.

Ya Rasulallah
Mulianya sifatmu buat para isteri,
Setia yang kukuh pada yang pertama siti khadijah,
Menimbulkan cemburu di hati siti Aisyah,
Hidupmu penuh keberkatan dan kerahmatan dari Ilahi.

Ya Rasulallah
Hari kelahiranmu isnin, 12 Rabiulawal diingati semua,
Diingatinya sepanjang zaman setiap generasi,
Maulidurrasul di sambut dengan meriahnya,
Jangan dilupa pakaian taqwa wajib terlekap kemas dihati.

Ya Rasulallah,
Rindu yang membara dihati kami hanya untukmu,
Pabila menyusuri kisah hidup dan sirah perjuanganmu,
Keluargamu yang mulia juga kami sanjungi,
Untuk dijadikan panduan dan tauladan dalam hidup kami.

Ya Rasulallah
Kami hidup sekarang amatlah sukar tanpamu,
Pelbagai cabaran dan dugaan dunia moden kami tempuhi,
Namun, kadangkala kami tewas juga di medan nafsu,
Semoga Allah memberi keampunanNya yang luas buat kami.

Ya Rasulallah
Ingin sekali kami mengkhabarkan padamu,
Dunia ini sedang sangat goyah duduknya,
Bumi ini sudah mula bergoyang-goyang tiada tetapnya,
Kami takut menghadapinya tanpamu,
Doa kami agar sentiasa berada dalam golonganmu.

Ya Rasulallah
Sayang dan cintamu pada umatmu sentiasa terpahat,
Sehingga di saat akhir hidupmu masih lagi kami disebut,
“Ummati, ummati, ummati” ucapan yang terucap lemah dibibirmu didengari Saidina Ali,
Sungguh besar perjuangan agung sucimu menegakkan Iman, Islam dan Ihsan buat kami sehingga ke hari ini.

Ya Rasulallah
Salam termulia kami tujukan buatmu,
Salam terindah kami ucapkan pada dirimu,
Selawat yang tertinggi kami sampaikan kepadamu,
Agar kami sentiasa berada dalam golongan umat yang diredhai Allah dan juga dirimu.

Ya Rasulallah
Rindunya kami padamu tiada terperi,
Cinta kami padamu tidak terungkap lagi,
Selawat dan salam padamu junjungan besar sentiasa meniti di bibir kami,
Semoga ianya sentiasa terpahat di hati kami.

Ya Rasulallah
Engkau pergi bertemu Ilahi dengan cara yang paling mulia,
Pemergianmu ditangisi oleh yang ada dilangit dan di bumi seluruhnya,
Engkau pergi tidak meninggalkan harta mahupun kekayaan,
Tetapi perginya engkau meninggalkan ilmu, Al-Quran dan As-Sunnah sebagai pegangan.

Ya Rasulallah,
Kewafatanmu 13 Rabiulawal amatlah dirasai,
Kesedihan menyelubungi alam sepanjang zaman,
Kesempurnaan wahyu telah engkau sampaikan,
Agar syafaatmu menanti kami di kemudian hari.

Amin.....