Sabtu, 31 Mac 2012

~wahai wanita~



Wahai wanita...
Janganlah kamu mudah percaya pada mana-mana lelaki,
Sebaiknya hendaklah kau uji mereka dahulu.
Dengan soalan-soalan keagamaan,
Dengan dugaan-dugaan kesetiaanya pada agama,
Agar nanti kau bakal memiliki,
Seorang suami yang terbaik,
Yang boleh menjagamu sebagai amanhnya,
Yang boleh melindungimu sebagai penjagamu,
Yang boleh mendidikmu sebagai pendakwahmu.....

Wahai wanita...
Janganlah kau mudah terpedaya dengan janji-janji manis mana-mana lelaki,
Sebaiknya kau tetapkan hatimu pada janji-janji benar Allah dan Rasul,
Kerana lelaki itu adalah manusia biasa yang tidak boleh dipercayai kata-katanya dengan mudah,
Agar nanti kamu mampu memiliki,
Seorang suami yang terbaik,
Yang sentiasa menegurmu apabila kau salah,
Yang sentiasa menunjukkanmu jalan yang benar apabila kau sedikit tersasar,
Yang sentiasa mengingatkanmu dengan ayat-ayat Allah yang Maha Benar,
Yang sentiasa menyedarkanmu dengan bicara hadis Rasulullah yang benar semuanya......

Wahai wanita....
Janganlah kamu mudah menerima mana-mana lelaki sekalipun,
Sebaiknya, kamu buatlah penelitian yang sangat teliti,
Agar lelaki yang bakal kau pilih itu,
Adalah lelaki yang terbaik,
Yang boleh membimbingmu ke jalan Agama,
Yang boleh membawamu melangkah ke syurga Allah,
Yang boleh memberimu kebahagiaan dunia dan akhirat.......

Wahai wanita...
Hendaklah kau menjaga dirimu sebaiknya sekarang,
Sebagai persediaanmu menerima satu amanah besar dari Allah,
Setelah kau menikah kelak,
Setelah kau menerima kehadiran seorang suami,
Setelah kau akan menjaga, melindungi, dan mendidik bakal zuriat-zuriatnya,
Sebagai penerus umat Rasulullah yang sentiasa taat dan patuh pada suruhan agama......

Wahai wanita....
Setelah semuanya kau sudah bersedia dan yakin,
Kau pilihlah jalan yang dikurniakan Allah buatmu,
Kau terimalah lelaki yang dianugerahkan buatmu,
Kau taatilah dia sebagaimana suruhan Allah Yang Maha Kuasa,
Agar nanti kau bisa mencapai kedudukan terbaik di sisi tuhanmu,
Agar nanti kau bisa menjadi isteri kepada suamimu di syurga kelak selain bidadarinya,
Yang bakal dianugerahkan Allah buatnya dan buat dirimu jua,
Agar nanti kebahagiaan kau bakal miliki dunia dan akhirat.....
InsyaAllah.....
Amin Ya Rabbal A'lamin....


~wahai lelaki~

Ambil lah KUNCI ini dan
 
─▄▀▀█▀▀▄
▐▌
BUKA ▐█▄▄█▄▄▄▄▄▄▄▄▄▄
▐█▄───▄██▀▀█▀▀▀▀▀█▀█▀▀
─▀██▄██▀────────█▀█▀█
Pintu Hati Wanita Pilihan Kamu..
Kemudian,
●●●► Beranikan Diri Pergi Ke rumah Ibubapa Dia,

_____████████████
____███████████████
__██████████████████
█████████████████████
_█_________▄▄▄▄_ ▄▄▄▄_█_
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_
«--Jumpa Ibubapa dia kat dalam rumah tu
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ dan minta izinlah untuk jadikan anak
_█__█████_▐▓▓▌_▐▓▓▌_█_ mereka sebagai permaisuri di hatimu..
_█__█████_▀▀▀▀_ ▀▀▀▀ █ __

_█__█████_____________ █___(\\|/)
_____________██ _____________██

Sabtu, 24 Mac 2012

DUNIA AQUARIA...

Alhamdulillah, setelah diberi peluang untuk menjelajah seketika ke dalam dunia aquaria, hati ini sangat teruja dengan kebijaksanaan akal manusia yang dikurniakan Allah pada manusia.

Sesungguhnya amat rugilah manusia jika akal fikiran yang dikurniakan Allah antara sebagai nikmat terbesar disalahgunakan pada jalan yang tidak sepatutnya. 

Diri ini juga memohon agar dijauhkan dari menyalahgunakan akal fikiran yang dikurniakan Allah dan diampunkan segala dosa-dosa yang lepas yang telah terlanjur disalahgunakan.....

Selain itu, hati ini sangat kagum dengan pelbagai spesis hidupan laut dan darat yang wujud di dalamnya, namun hati ini telah berbicara sendiri: "mungkin ini adalah sebahagian sahaja dari spesis hidupan laut dan darat yang telah ditemui manusia setakat ini, dan tidak mustahil sebenarnya hidupan laut itu sangat banyak iaitu sebesar lautan dan hidupan darat seluas mata memandang yang masih tidak dapat dibongkar oleh akal manusia, dan mungkin tidak mampu dicapai oleh keupayaan pemikiran manusia."

Subhanallah!! pelbagai hidupan ini tidak kira yang kecil, sederhana kecil, sangat kecil, mahupun yang besar, sederhana besar dan sangat besar, semuanya kelihatan amat sempurna penciptaannya....

Sesungguhnya, teramat maha besar,maha kaya dan maha kuasalah Allh s.w.t tuhan sekalian alam yang mencipta segala-galanya serta mentadbirnya dengan penuh maha bijaksana.....Subhanallah!!....
  



Jumaat, 23 Mac 2012

SEPEMERGIANKU KE BUMI SABAH, NEGERI BAWAH BAYU.

Alhamdulillah, rasa syukur yang tidak terhingga ku panjatkan pada Allah kerana telah memberiku peluang untuk menjelajah seketika di bumi lain selain bumi tanah airku tercinta.

Bumi sabah negeri bawah bayu sememangnya sebuah negeri yang sangat luas dan kaya dengan hasil bumi terutamanya hasil pertanian.
Semasa berada di sana, hatiku sentiasa mengucap syukur dan sentiasa merasa teramat kagum dengan kekayaan hasil bumi yang dikurniakan Allah di negeri tersebut......

SUBHANALLAH!!!Sungguh teramat kaya rezeki Allah itu untuk manusia seluruhnya....

Bersyukurlah kalia semua manusia selagi kita masih diberi sekecil-kecil nikmat dan sebesar-besar nikmat sekalipun, semoga kita semua tergolong di kalangan orang-orang yang beruntung.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud : " “dan sedikit sahaja dari hamba-hambaKu orang-orang yang bersyukur” (surah Saba’ 34:13)

Semoga diriku dan kalian semua tergolong di kalangan orang yang sedikit iaitu orang yang sentiasa bersyukur pada Allah s.w.t..AMIN.....


Subhanallah! sungguh indah ciptaan Allah.
Pandangan atas dari laut china selatan. 


SUBHANALLAH!
Pandangan atas  awan 
dari lapisan pertama.

 
Sekitar kawasan laut semasa
 di Semporna, sabah

Pandangan luas semasa 
berada seketika 
di kawasan 
sepilok orang utan, 
Sandakan, Sabah.





Antara makanan sabah 
yang sempat 
dicuba...Alhamdulillah....

Selasa, 6 Mac 2012

USRAH WALIMAH


USRAH WALIMAH 

Setelah selesai usrah pada suatu petang, kami bersurai dan kembali pada kerja harian kami masing-masing. Dalam perjalanan menuju ke bilik asrama, aku masih terfikir antara intipati yang boleh dikutip dalam usrah tadi. Naqibah kami yang famous dipanggil kak ilah merupakan kakak yang berada di tahun akhir di sekolah kami, dia juga merupakan antara pelajar yang aktif dalam berpersatuan dan antara pelajar cemerlang sekolah. Namun, peribadinya amat luhur dan murni dengan akhlak yang lemah lembut dan baik pada semua orang.

“adik-adik, semalam kak ilah dah berbincang dengan semua naqibah tentang topik yang akan kita bincang pada hari ini, dan hari ini akak akan cuba untuk sampaikan yang terbaik, insyaAllah. Siapa yang boleh teka topik perbincangan kita hari ini?”

“tentang iman kak” sampuk zu.

“ya, ada kaitan….lagi?”

“berkenaan doa” sampuk nik pula.

“ya…sangat berkaitan..ok, sekarang akak akan cuba perjelaskan…topik ni sangat hangat di seluruh dunia pada hari ini, tidak kira melalui media apa sekalipun, pasti tidak ada yang berkecuali untuk mengupas soal ini. Sekarang dunia sedang diancam oleh kuasa-kuasa barat yang sangat berpengaruh dan kuasa yahudi yang sangat kejam. Cuba kita lihat pada berita-berita yang terpapar pada media massa dan media cetak, bagaimana nasib penduduk Palestin yang tak pernah merdeka, pembunuhan kejam di sana-sini, pertempuran tidak pernah berhenti, dan sekarang disusuli dengan Iraq, afghanistan, libya, dan seterusnya…tapi kita tak mampu untuk mengulas panjang tentang tindakan kuasa kerana itu adalah tugas-tugas utama mujahidin-mujahidin Islam dalam mempertahankan Islam dan tanah air mereka. Namun begitu, kita sebagai saudara seagama dengan mereka yang solat berkiblatkan ka’abah yang sama, tanda sifat berkasih sayang antara kita, wajib prihatin terhadap isu ini dan juga merupakan sebahagian daripada iman kita. 

Rasulullah s.a.w pernah bersabda dalam satu hadis : “Seseorang itu tidak beriman sehinggalah dia mengasihi terhadap saudaranya seperti mana dia kasih terhadap dirinya sendiri”.

“adik-adik…iman ni merupakan satu perkara yang tidak akan nampak oleh mata kasar dan teramat penting dalam diri setiap individu muslim seperti kita…tapi iman ini hanya boleh dibuktikan wujud dalam diri kita dengan ucapan kalimah syahadah serta amalan-amalan ibadat yang kita lakukan, tidak kiralah sama ada ibadat itu antara kita dengan Allah, Rasul mahupun dengan makhluk-makhluk Allah yang ada disekeliling kita.haa! adik-adik nak dengar tak satu cerita tentang mengucap dua kalimah syahadah ini??”

“apa dia kak ilah”..cepat aku mencelah…

“hermm.. Pernah suatu ketika seorang sahabat bernama Usamah bin Zaid ditegur keras Rasulullah s.a.w. kerana membunuh seorang lelaki dalam peperangan sedangkan lelaki itu telah pun mengucap dua kalimah syahadah.

Diberitakan Rasulullah s.a.w bersabda kepada Usamah: “Mengapa engkau membunuh lelaki itu sesudah dia mengucapkan Laila ha illa-llah?” Usamah menjawab, “Sesungguhnya ia mengucapkan demikian kerana berlindung diri dari dibunuhku dalam peperangan.” Lalu Nabi s.a.w. dengan tegas berkata, “Adakah Engkau membelah hatinya? Apakah Engkau dapati sebarang kalimah Laila ha illa-llah?”

Rasulullah turut bersabda: Bahawa orang yang mengucapkan dua kalimah syahadah maka sesungguhnya dia telah masuk dalam Islam dan terpelihara darah dan harta bendanya, sekalipun ia menyebutnya kerana takut atau berlindung diri dari pedang. Perkiraan mutlak adalah milik Allah dan kita hanya menghukum dan memperkirakan yang zahir.
 
“nah…ni pun Rasulullah dah jelaskan, iman ini adalah suatu perkara yang terletak pada hati tapi yang takkan pernah diketahui oleh manusia.”

“justeru hari ini, sebagai tanda kasih sayang dan keimanan kita, kita ada satu tindakan penting sebagai seorang Islam yang beriman untuk prihatin penuh kepada nasib-nasib saudara se Islam kita di sana, dimana ulama-ulama telah mengajar kita satu doa yang dipanggil “Qunut Nazilah”. Doa ini sangat-sangat digalakkan untuk kita membacanya ketika berlaku musibah dan kezaliman. Ok, sekarang kak ilah edarkan seorang sekeping, dan harap-harap akan jadi amalan kita semua terutamanya sebagai doa selepas solat.”

اللهم أَعِزَّ الإسلامَ و المسلمين , اللهم أَذِلََّ الشِركَ و المُشرِكِين , أللهم انْصُرْ اخوانَنَا المسلمين و المجاهدين و المُسْتَضْعَفِين , فى فلسطين و فى لُبْنَان و فى العراق وفى كل مكان و فى كل زمان.اللهم دَمِّرْ أعْدَائَك أعداءَ الدِّين , اللهم أهْلِكِ الكَفَرَةَ و الشِرْكَ و المُنَافقين , اللهم اِنَّنا نَجْعَلُ فى نُحُورِ أعداءِنَا ونَعُوذُ بِك مِن شُرُورِهِم, اللهم بَدِّدْ شَمْلَهُم و فَرِّقْ جَمْعَهم و شَتِّتْ كَلِمَتَهم و زَلْزِلْ أَقْدَامَهم و سَلِّطْ عليهم كَلْبًا مِن كِلَابِك يا قهَّار , يا جبَّار , يا مُنْتَقِم , يا الله , يا الله , يا الله , يا رب العالمين اللهم يا مُنْزِلَ الكتاب و يا مُجْرِىَ السَحاب و يا هَازِمَ الأحزاب , اِهزِم الكفار , اهزم اليهود , اهزم الهنود , اهزم أمريكا ومن وَلَّا هُم , وانصُرْنا عليهم اللهم انت قَوِىٌّ و نَحْنُ ضُعَفَاء , نَشْكُوا ضُعْفَ قوتِنا , اللهم انت ربنا و نحن عبادك .اللهم ارْزُقْنا شهادةً فى سبيلك , ربنا أتنا فى الدنيا حسنة و فى الأخرة حسنة , وقنا عذاب النار وصلى الله على رسوله الكريم , و على أله و صحبه أجمعين , و الحمد لله رب العالمين

Maksudnya:
Ya Allah! Muliakan Islam dan orang islam. Ya Allah! Hinakan Syirik dan musyrikin. Ya Allah! Tolonglah saudara-saudara kami yang muslim dan mujahidin dan golongan-golongan lemah, di Palestine, di Lubnan, di Iraq dan di semua tempat dan di semua masa. Ya Allah ! Binasakan musuh kamu, Musuh agama (Islam). Ya Allah! Hancurkan kekufuran, Syirik dan Munafiq, Ya Allah! Sesungguhnya kami jadikan pada leher-leher musuh kami (kami serah kepada Mua) dan kami berlindung dengan-Mu dari kejahatan-kejahatan mereka. Ya Allah! Cerai beraikan himpunan mereka, pisahkan kesatuan mereka, selerakkan kalimah-kalimah mereka, gegarkan ketetapan mereka, Kalahkan mereka dengan anjing dari anjing-anjing kamu. Wahai Tuhan yang maha gagah, Wahai Tuhan yang maha keras, Wahai Tuhan yang maha membalas, Wahai Allah!! Wahai Allah, tuhan yang menurunkan kitab (al-Quran), tuhan yang menggerakan langit, tuhan yang mengalahkan tentera ahzab, kalahkan kuffar, kalahkan yahudi, kalahkan hindu, kalahkan amerika dan sekutu-sekutu mereka, dan tolonglah kami atas mereka.Ya Allah, Engkau berkuasa, kami lemah, kami mengadu kelemahan kami. Ya Allah! Engkau Tuhan kami dan kami adalah hamba-hamba kamu. Ya Allah! Rezkikan kepada kami Syahid di jalan kamu. Ya Allah! Berikan kepada kami kehidupan di dunia ini baik dan di akhirat juga baik, dan selamatkan kami dari Azab neraka.
--------------------------------------------^^--------------------------------------------------

Selepas dua tahun aku bersekolah di sekolah itu, sekarang aku telah menjadi antara pelajar yang paling tua dan justeru itulah, di kalangan aku pula yang akan menerajui usrah untuk adik-adik yang lain. Menurut pengalaman kakak-kakak yang terdahulu, usrah ini adalah salah satu inisiatif pelajar sendiri untuk memimpin adik-adik agar terus bersemangat dengan keseronokan suasana belajar dan berukhuwah kerana Allah. Biasalah tu, hidup kita ini mesti terus ingat-mengingat, barulah akan terus berada pada landasan yang benar….

Allah berfirman dalam al-Quran yang bermaksud :  “ peringatan itu adalah perkara yang bermanfaat bagi orang-orang yang beriman” 

“Alhamdulillah adik-adik, akhirnya telah hampir setahun kita semua telah berusrah bersama. Sebelum kita mulakan topik perbincangan kita pada kali ini, kak imah teringin sangat nak tanya dan nak tahu, apa perasaan adik-adik apabila kita berusrah seperti ini, pertamanya bermula dari sebelah kanan kak imah yer”., 

“ Alhamdulillah kak imah, atikah rasa seronok sangat bila berada dalam usrah mcam ni, sebab kita sama-sama boleh berkongsi maklumat, pengalaman, perasaan dan sebagainya.”
“bagi maryam pula macam mana?”

“ermm.....yam rasa sangat dekat dengan kawan-kawan sebab salah satunya dapat menyelami perasaan masing-masing dan dapat kenal dengan kawan-kawan dengan lebih dekat”...mataku terus beralih pada suhana yang berada di sebelah maryam.

“bagi su kan, usrah ni adalah satu aktiviti yang sangat bermanfaat bagi diri su sendiri, sebab banyak perkara yang su tak pernah tahu boleh jadi tahu dalam usrah seperti ini, dan juga su dapat rasa sangat ukhuwah antara kita ni amat rapat bagai tak boleh dipisahkan.”

“ kak imah! Bagi aina, memang aina amat teruja dengan aktiviti usrah ni. Sebelum ni, aina tak pernah tahu apa itu usrah dan bagaimana dan kenapa perlu kepada usrah. Sekarang, bila aina sendiri telah mengalaminya sendiri, aina sangat dapat merasakan kemanisan usrah tu..”

“ ok....Diana pulak?” 

“ alhamdulillah, diana rasa dengan aktiviti usrah ni selain dapat mendekatkan ikatan ukhuwah kita, usrah juga sebenarnya mengajar kita untuk berubah menjadi lebih baik sebab banyak perkara yang telah kita pelajari melalui aktiviti usrah macam ni.”

“ izzati pulak , rasa macam tak tau dah nak kata apa, sebab semua yang kalian perkatakan sebelum ini, semua itulah yang izzati pernah rasa dan izzati tak pernah rasa rugi sedikit pun bila menyertai usrah yang banyak manfaat macam ni.”

“Alhamdulillah, kak imah rasa bahagia sangat bila dengar adik-adik cakap macam ni, sebab salah satu yang kak imah rasa kan, inisiatif kakak-kakak kita yang terdahulu sejak bergenerasi dulu yang adakan usrah seperti ini sangat mulia dan insyaAllah akan peroleh keredhaan dari Allah.”.....semua kepala yang berada disekelilingku terangguk serentak tanda setuju. Dan hari ini jugalah aku dapat rasakan banyak titisan kemanisan itu jatuh ke lubuh hatiku satu persatu dan semoga majlis usrah seperti ini akan terus sebati dalam jiwa dan hidupku sentiasa...

“Apa topik perbincangan kita hari ni kak?” celah aina tiba-tiba apabila melihat lama aku termenung melihat risalah yang berada ditanganku.

“oh ya!..maafkan akak....ha! hari ni adik-adik nak main tak?”

“wah! Main apa tu kak?”

“hermm...dalam risalah ni, disediakan satu permainan teka hafaz”

“teka hafaz???macam mana tu kak?”

“haa!!setakat ni kamu semua mesti dah hafal juzu ‘amma kan?juzu terakhir dalam al-quran?”

“insyaAllah kak, main macam mana tu kak?”

“macam ni, lepas ni kamu mesti ingat huruf hijaiyyah yang akak akan bagitahu untuk kamu, then bila akak sebut huruf tu, orang itulah yang mesti jawab teka teki tu....kak imah akan baca beberapa ayat dalam juzu ‘amma tu, kemudian adik-adik teka dari surah mana dan sambung dalam dua ayat lepas tu...boleh?”

“ok kak...insyaAllah, kami akan cuba”

“ok....sekarang kak imah akan bahagikan huruf hijaiyyah yang akan jadi simbol kamu dan huruf ini boleh jadi sebagai klu untuk soalan yg akan diberikan... atiqah ع, maryamم  , suhana س , aina أ , diana د, izzatiز  .... ingat tau...boleh kita mulakan sekarang?”

“ boleh!!” semua jawab serentak sambil tersenyum seperti tak sabar-sabar nak dimulakan.
“sekarang akak mulakan dengan huruf alif....bersedia!!...”

" أعوذ بالله من الشيطان الرجيم ، فذكر إن نفعت الذكرى ، سيذكر من يخشى......."

“ ayat ini dari surah mana? Siapa yang akan jawab?”

“saya Aina, kak…..ermm, suraaaaah……suraaah…..kak imah, ayat pertamanya mula ayat apa yer?” akhirnya aina bertanya sambil tersengih-sengih

“ sabbih” jawabku sepatah.

“ ya…surah al-‘ala kak!!betul tak?” bersungguh aina jawab selepas lama termenung sambil mulutnya terkumat-kamit menghafaz sedikit ayat tersebut.

“yah! Betul aina!!...sambung dua ayat lepas tu”

 " أعوذ بالله من الشيطان الرجيم ، فذكر إن نفعت الذكرى ، سيذكر من يخشى ، ويتجنبها الأشقى ، الذى يصلى النار الكبرى......."

“ok, Alhamdulillah…aina dah selesai…sekarang kita pergi pada soalan yang seterusnya” permainan berterusan sehingga ke giliran terakhir iaitu izzati. Selesai permainan tersebut, kami sambung usrah kepada topik perbincangan utama.

“adik-adik, hari ini kita akan bercakap sikit soal perasaan yang ada pada kita semua…contohnya apa?” aku mengajukan soalan supaya suasana usrah tidaklah terlalu bosan.

“ marah, kecewa” cepat su menjawab.

“ya, lagi?”

“malu, sedih” celah Diana pula.

“ya, semuanya betul…dan perasaan itulah yang akan kita bincang pada petang ini…ok, semasa kita main permainan tadi, adik-adik ada tak terasa geram?”

“ada laa….geram pada diri kenapa tak boleh nak teka dengan baik” jawab atiqah kecewa sekali bunyinya.

“takpa atiqah, lain kali boleh cuba lagi, itu tandanya kita mesti banyak bersabar lagi dalam mengawal perasaan kita sendiri kan!”

“perasaan itu sangat unik sekali kalau adik-adik nak tahu, sebab perasaan ni boleh mengubah manusia itu sendiri sama ada kearah kebaikan dan kejahatan. Bagi kita semua harap-haraplah mengubah kepada kebaikan sentiasa, insyaAllah”

“kak, yam pernah dengar, perasaan ni sangat halus dan tak boleh di paksa sebab perasaan itu datang dari hati” celah maryam memberi pendapat.

“betul tu yam, semua perasaan terbit dari hati, sebab itu, hati yang baik akan menghasilkan perasaan yang baik, justeru itu, kita semua mestilah sentiasa menjaga hati kita dan terus berdoa agar Allah senantiasa memelihara hati kita dari keburukan, hati yang bersih pasti akan memikirkan perasaan dan perkara yang suci lagi baik sahaja, sebaliknya hati yang kotor akan memikirkan perasaan yang buruk, nauzubillahi min zhalik!!”

“kak imah, diana nak Tanya, ada tak doa-doa yang boleh dibaca untuk menjaga hati kita supaya jauh dari perasaan yang tidak baik?”

“adik-adik, sebenarnya macam-macam doa yang ada yang telah di ajar oleh nabi kita s.a.w…contohnya doa ni yer…
" اللهم إنى أعوذبك من العجز والكسل ، وأعوذبك من الجبن والبخل، وأعوذبك من غلبة الدين وقهر الرجال"

"Sebenarnya banyak lagi doa-doa lain, tapi inilah doa yang paling popular yang sentiasa di baca selepas solat.”

 -------------------------------------------------^^-------------------------------------------

Di suatu petang........................

“kak imah, bila kita nak buat usrah ni? Rindulah nak dengar suara kak imah dan kita semua berbincang..” sapa Aina, salah seorang adik usrahku tingkatan dua yang sangat petah dan selalu menceriakan suasana usrah kami.

“ermm..sabarlah dulu aina, sekarang ni kak imah sedang exam, trial exam kan tu, sebelum SPM cuti sekolah ni.... insyaAllah.. nanti sebelum semua balik bercuti, kita berjumpalah sekali lagi yang terakhir.”

“InsyaAllah, nanti Aina cakap kat semua …”

“Aina, doakan kak imah nak exam ni yer, insyaAllah, apa-apa pun nanti kak imah akan bagitau Aina kat musolla tentang agenda usrah terakhir kita”

“insyaAllah, kak imah mesti boleh score!!chayok!chayok!..ok lah kak, Aina naik bilik dulu yer…” kami berbalas senyuman.

----------------------------------------^^--------------------------------------

Akhirnya, peperiksaan percubaan SPM dah tamat, terasa lega yang teramat sangat. Tiba-tiba satu cuitan terasa dibahuku dari belakang ketika aku sedang melangkah keluar dari dewan peperiksaan, aku menoleh..

“ laah, su..ingat siapa tadi…nasib baik tak terlatah tadi”

“hahaha, tu…apasal ya awak tu senyum-senyum kambing tu?boleh jawab lah tu?”

“ahhha…biasa lah su. Jawapan saya tetap sama…apa yang soalan tanya, kita jawab…kita jawab apa yang kita baca…betul atau salah tu wallahua’lam..tunggu result lah ,macam mana pun…”

“yee lah, orang best student kan, jawapan pun mestilah mantap dan yakin”..kami sama-sama ketawa…

Tiga hari sebelum bercuti panjang, pada petang selasa aku merancang untuk membuat usrah terakhir sebelum aku melangkah keluar dari sekolah itu dan aku bercadang untuk menyampaikan satu amanat untuk adik-adik usrah ku…amanat itu juga merupakan amanat dari naqibah ku dahulu , kak ilah yang dah dua tahun melangkah ke alam kampus.

“Assalamualaikum semua. hari ini Alhamdulillah, nampaknya semua hadir yer….petang ni kita takde topik penting untuk diperbincangkan memandangkan inilah usrah terakhir adik-adik semua dengan kak imah. Jadi, petang ni kita hanya cakap santai-santai jer yer..siapa yang ada untuk mengatakan sesuatu?silakan..” 

semua senyap kelu…senyuman manis terbit dari bibirku mengingatkan kami dahulu pun kelu seperti itu juga apabila kak ilah mengatakan sedemikian.

“hah! Aina…ada apa-apa nak cakap ke?kak imah nak dengar ni…nanti lepas-lepas ni, kak imah tak boleh dengar dah suara kalian” tiba-tiba setitis air mata jatuh…sekarang aku merasakan teramat rindu sekali untuk meneruskan usrah seperti ini lagi…

“kak imah, saya tak ada apa nak cakap, cuma kami semua ingin minta maaf dengan akak untuk segala-galanya dan terima kasih untuk semuanya. Pasti kami akan rindukan saat-saat usrah seperti ini lagi.” kata-kata aina sungguh meruntun perasaanku, sungguh, aku amat merindui saat-saat usrah yang manis ini lagi…

“hari ini, kak imah cuma nak cakapkan beberapa pesanan untuk adik-adik dan juga sebagai peringatan untuk diri akak sendiri….yang pertamanya, akak harap sangat-sangat, adik-adik semua dapat meneruskan majlis-majlis usrah seperti ini, sebab melalui usrah lah kita sama-sama boleh kenal antara satu sama lain dan dapat menyelami hati masing-masing di samping menjalinkan ukhuwah kerana Allah. Sampai satu masa nanti, adik-adik akan menerajui kehidupan di menara gading, pesanan akak yang paling utama ialah jagalah diri dan kehormatan diri dengan sebaiknya walau dimana kita berada sekalipun. Ibadat yang wajib jangan ditinggalkan dan sentiasalah memaafkan dan meminta maaf antara kalian. Jadikanlah hidup adik-adik nanti adalah kehidupan yang tenang di dunia dan juga akan membawa ketenangan dan kebahagiaan itu ke akhirat sana…insyaAllah, ada umur yang panjang, kita semua akan bertemu kembali dan kalau tidak pun, kita berjumpalah di syurga Allah nanti...jangan lupakan kak imah yer……”

kekhusyukan mereka mendengar sampai tidak sedar akan kedatangan seseorang disebalik majlis usrah kami

“maaf, kak imah, tu ada orang nak jumpa”seorang pelajar memberitahuku

“owhh,,,ok…sekejap yer…terima kasih dik….”

“ok lah…kita berhenti setakat ini dulu..kak imah nak minta maaf banyak-banyak dengan adik-adik dan ucapkan terima kasih dengan kerjasama yang diberi selama ini, selama kak imah jadi naqibah dan seorang kakak untuk kalian  ni. Andai kalian ada terluka dengan kata-kata dan perbuatan akak selama ini, akak minta maaf sekali lagi….” Sambungku lagi sebagai ayat terakhir pada petang itu.

Kedengaran esakan pertama apabila aku menyalami aina dan berpelukan….kemudian disusuli dengan atikah, maryam, suhana, izzati dan Diana….tangisan ini mengakhiri pertemuan kami pada petang itu….sungguh manis saat ku rasakan suasana usrah..

Aku terus menuju ke tempat yang dikhabarkan bahawa ada seseorang yang ingin menemuiku…rupa-rupanya, naqib ku dalam satu persatuan yang aku sertai, mungkin ingin mengkhabarkan pertemuan terakhir antara Ajk persatuan. Memandangkan aku adalah setiausaha di sebelah muslimat, akulah yang harus berhubung dengan setiausaha di sebelah muslimin. Pertemuan kami berempat hanya untuk 20 minit sahaja menyampaikan maklumat tentang perjumpaan terakhir AJK persatuan kami. 

Keesokan harinya, perjumpaan dilaksanakan di satu kelas. Kebiasaannya, perjumpaan kami adalah disebalik tabir, apabila kami membuat perjumpaan, pada permulaanya pasti akan ada sedikit tazkirah dari pihak muslimin sebagai peringatan sebelum dimulakan setiap agenda mesyuarat. Namun pada kali ini, disebabkan adanya seorang ustaz sebagai penasihat persatuan yang akan berucap, maka kami tidaklah menggunakan tabir.
Majlis dimulakan dengan ucapan  alu-aluan oleh pengerusi majlis dan seterusnya pengarah persatuan yang selama ini menerajuinya. Beliau sangat dikenali di kalangan guru-guru mahupun pelajar sendiri, kerana bukan sahaja aktif dalam berpersatuan, tetapi beliau juga adalah ketua pelajar sekolah ketika itu.

“Assalamualaikum dan ahlan wasahlan pada semua yang hadir petang ini. Alhamdulillah, syukur dipanjatkan ke hadrat ilahi kerana kita semua diberi kelapangan waktu dan kesihatan untuk menghadiri majlis ilmu pada petang ini, inilah yang dinamakan sebagai satu peluang dari Allah untuk kita pergunakan dengan baik. Baiklah, kali ini ana memang tak berniat untuk bicara panjang, kerana pada petang yang indah ini, kita semua ada tetamu jemputan yang istimewa sebagai ayahnda kita yang berbahagia ustaz abdul rahman yang akan berucap panjang pada petang ini. Namun begitu, sebelum itu, ana mewakili semua yang hadir pada petang ini ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada ustaz kerana sudi menghadirkan diri dalam majlis kita pada petang ini, dimana majlis ini kita namakan usrah amanat. Ini adalah kerana, mungkin inilah perjumpaan kita yang terakhir sebelum kita melangkah keluar dari sekolah tercinta ini. Di kesempatan ini, ingin ana ingatkan pada diri ana dan juga sahabat-sahabat sekalian agar gunakan kesempatan yang keemasan ini sebaik mungkin dalam mengutip segala pesanan dan amanat dari ayahnda tercinta kita semua....wallahua’lam”

Dalam hatiku, ada sedikit rasa kagum dengan peribadi pengarah kami ini, kerana beliau bukan sahaja berani, bahkan beliau juga telah menjalankan segala tanggungjawab selama ini dengan penuh amanah dan dedikasi. Dan yang paling penting, beliau jugalah merupakan salah seorang pelajar cemerlang sekolah.

Pelbagai pesanan dan peringatan disampaikan ustaz pada kami terutamanya bagi yang akan keluar melanjutkan pelajaran selepas SPM. Kami sematkan setiap pesanan itu kemas di hati sebagai panduan kami dalam meniti hari mendatang yang penuh pancaroba dan dugaan dunia.

----------------------------------------^^--------------------------------------

Lima bulan selepas result SPM keluar, aku ditawarkan memasuki ke sebuah universiti tanah air. Kos yang aku mohon ialah jurusan Akaun, mengambil masa 3 tahun diploma dan 4 tahun ijazah……aku teruskan perjuangan di bumi kampus dengan penuh bersemangat. 

Pada suatu pagi, terasa berat kepala untuk bangun, mata pula begitu susah untuk dibuka. Mungkin sebab semalam terlalu lewat baru dapat ku melelapkan mata. Hatiku resah gelisah sejak seminggu yang lalu. Apa yang menggangu fikiranku adalah menjawab lamaran seseorang yang menjadi pilihan ibubapaku. Serba salah aku dibuatnya. Nak jawab ya, rasa macam tak bersedia lagi. Tapi kalau nak jawab tidak, macam mana dengan perasaan mak...tiba-tiba

"Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar! Allahuakbar!........." Azan subuh berkumandang jelas menusuk ke gegendang telingaku. Tanpa menghiraukan rasa berat itu, aku gagahkan jua tubuh yang lesu ini untuk menjamah air wuduk bagi menunaikan rukun Islam yang kedua ini. Usai solat subuh, kucapai al-Quran untuk dibaca bagi menenangkan perasaan resah ini. Ditambah lagi, baru semalam emak bertanya lagi padaku apakah jawapan yang ada padaku. Semakin serba salah aku dibuatnya.

"Imah, mak nak tanya ni, macam mana jawapan kamu pada lamaran keluarga si Hazif tu?mak takut kalau-kalau keluarga dia tanya, apa mak nak jawab lagi, ni dah dua kali mak suruh dia sabar tunggu jawapan dari Imah....

"ermmm.....mak, sebenarnya saya tahu, mak suka kan kalau imah terima pilihan mak ni, tapi kan mak, imah rasa imah masih tak bersedia lagi lah untuk fikir pasal ni....apa kata, kalau mak tolak dulu yer lamaran ni....mak cakaplah elok-elok...InsyaAllah, mesti diaorang faham tapi mak jangan lupa bagitau diorang macam ni......ermm....insyAllah, Hazif ni baik budaknya, mesti ada lagi yang lebih sesuai dan lebih baik untuk kamu....haa!macam tu mak yer..."

"Amboi! kamu ni kan imah, mak tanya satu, meleret-leret kamu jawab yer, siap pandai bagi cadangan jawapan pulak tu untuk mak....bertuah mak dapat anak macam imah ni kan!?......

terkedu aku seketika dengan perlian mak tadi... 
Aku tau, mak sangat kesal dengan jawapan aku tadi, tapi kata hatiku semakin kuat mengatakan aku masih tak siap untuk semua ini....

Tiba-tiba aku tersentak...rupa-rupanya aku tertidur selepas mengenakan sedikit santapan rohani tadi...nasib baik masih tak terlewat, kalau tak, tak ke kuliah lah aku hari ni...terus aku bangun dan menyiapkan diri untuk masuk ke kuliah di awal pagi. Rupa-rupanya perbualan tadi adalah cebisan daripada mimpiku selepas subuh tadi. Apakah ini mainan tidur atau sebagai satu petanda dari Ilahi? Persoalan itu terus bermain-main dalam otak fikiranku yang masih buntu untuk mengeluarkan satu keputusan yang terbaik untuk semua. 

Petang itu, selepas solat asar, tiba-tiba kedengaran telefon bimbitku memainkan lagunya  semasa aku asyik menaipkan satu projek kerja kursus bagi subjek kewangan Islam. Apabila kulihat pada skrin telefon, tertera satu nombor asing. Ini menandakan nombor itu tidak biasa muncul dan mungkin aku tidak mengenalinya. 

"Mungkin silap nombor kot, malaslah nak angkat, orang ada kerja lagi ni" ngomelku sendiri.....
Tanpa aku menghiraukan nyanyian di telefon bimbitku berbunyi, aku terus menyiapkan tugasan yang lebih penting itu hingga ke lewat petang selepas pulang dari kuliah jam 5:30 petang tadi.... , seperti biasa aku akan mendail nombor sahabat baikku untuk turun makan malam bersama. Terkejut aku seketika apabila melihat ada lima “missed call” yang tidak ku angkat . Ingatkan siapa, tapi rupa-rupanya nombor yang tidak kukenali tadi..

"ah, lantaklah siapa pun dia, yang penting aku tak kenal nombor itu, apatah lagi tuannya...hehe" 
Tiba-tiba telefon bimbitku membingit lagi, nombor yang tertera bukan nombor yang tidak dikenali, tapi nombor kak lin antara rakan usrahku di universiti.

“Assalamualaikum” 

“waalaikumussalam, kak lin!.....”

“ye!! imah, esok petang ada perjumpaan usrah dengan pihak muslimin, mungkin ada agenda program terbaru yang hendak dirangkakan kot.”

“oowwhh…ok…pukul berapa dan kat mana tu kak lin?”

“pukul 5:30 petang esok kat musolla zaid”

“ok…terima kasih kak lin..insyaAllah, kalau tak ada aral melintang saya akan sampai esok. lagipun esok kuliah terakhir pukul 2, sempatlah saya berehat sebentar…heee”

“yer laa….ok imah…akak dah bagitau yang lain tadi, tapi Imah tak datang tadi sebab ada kelas kan?”

“ermm..yer kak, kelas habis 5:30 petang tadi, tak sempatlah saya nk pergi. Minta maaf yer kak sebab tak dapat hadir.”

“takpe Imah….jangan lupa esok tau”

“ok kak lin…insyaAllah, panjang umur saya akan muncul dalam mesyuarat tu…hehe”

“ok…Assalamualaikum”

“waalaikumussalam”…talian diputuskan…

Pada tahun pertama di universiti, aku tidak pernah menghiraukan tentang usrah seperti di sekolah dulu…walaupun dalam hatiku ini teringin sangat ingin merasa saat-saat usrah seperti di zaman sekolah dahulu, tapi aku seperti tidak sempat untuk memikirkan tentang itu, sehinggalah pada suatu hari seorang kakak di sebelah bilikku datang mengajakku untuk menemaninya menyertai usrah. Selepas itu, aku terus menyertai usrah tersebut sehingga ke hari ini…pertama kali aku menyertai usrah itu…..

“Assalamualaikum semua…alhamdulillah dan syukur ke hadrat Allah kerana kita semua dapat hadir pada petang ini, walaupun tidak penuh kehadirannya…ini bermakna kita semua adalah antara calon yang dipilih oleh Allah untuk menyertai majlis ilmu seperti ini.” Ucapan aluan oleh seorang muslimin ketua usrah kami….seperti biasa pasti ada sedikit tazkirah ringkas sebagai peringatan buat semua sebelum agenda mesyuarat dimulai…aku jadi mulai rindu akan saat-saat usrah di sekolah suatu ketika dahulu….

“Assalamualaikum” salam berserta ketukan di muka pintu mengejutkan lamunan ringkasku….

“waalaikumussalam…ya nurul, masuklah dulu”..terjongol wajah nurul di sebalik pintu..

“cepatlah imah, saya dah lapar ni”

“jap-jap…dah siap ni…nak pakai tudung sekejap ni”

“eh..imah…saya tunggu kat bawah lah yer”

“ok”…kedengaran cepat langkah nurul pergi menuruni anak tangga…

Malam itu, sedang aku berehat-rehat sambil mendengar lagu nasyid kegemaranku, tiba-tiba terhenti seketika...Rupa-rupanya ada panggilan dari mak, tapi pelik juga....

" Kenapa mak telefon malam-malam ni, biasanya petang mak akan telefon" ngomelku lagi sebelum menjawab panggilan mak sambil tersenyum gembira.

"Hello, assalamualaikum mak" Ucapku pantas selepas menekan punat menjawab.

"waalaikumussalam" jawab mak mendatar.

"mak abah apa khabar? adik-adik sihat?" tanyaku lagi seakan-akan tidak memberi peluang untuk mak memberitahu tujuan asalnya menelefonku malam-malam ni.

"Alhamdulillah, semuanya sihat dan baik-baik jer..Habis tu, Imah pulak macam mana?sihat kat sana?" tanya mak pula berbasi-basi.

"Alhamdulillah jugak mak, semuanya sihat, belajar pun sihat jugak. Tapi mak, lagi tiga minggu Imah ada final mak, mak doakan Imah yer. InsyaAllah minggu depan Imah balik sekejap rumah, ada cuti satu minggu".... jawabku panjang lebar...tiba-tiba

"Imah, petang tadi kamu ke mana?" terkedu aku seketika mendengar soalan aneh dari mak..

"ermm....petang tadi Imah ada kat bilik, lepas tu Imah turun makan dengan kawan...kenapa lain macam aja soalan mak ni...ada apa-apa ke mak?" tanyaku dengan pelbagai persoalan lagi yang semakin ligat bermain di fikiranku ketika ini.

"macam ni, tadi keluarga hazif datang ziarah, terus mereka nak tanya jawapan dari kamu, tapi mak tak beranilah nak jawab sebab Imah pun tak kata apa-apa lagi, terus mak dia minta nombor telefon Imah, katanya nak tanya Imah sendiri. Mak pun serba salah jadinya, kalau tak bagi apa katanya pulak, mak tanya abah, abah pulak setuju jer lah...tu lah mak nak tanya, ada tak diorang telefon Imah? sebab mak tunggu-tunggu jugak Imah telefon, kalau-kalau ada berita, tapi takda pulak imah telefon mak dari petang tadi." tergigit lidah sendiri yang ku dapat rasakan ketika ini...kemudian macam-macamlah andaian lain pulak datang pasal nombor asing yang tertera di skrin telefon bimbitku petang tadi...

"eh, Imah! dah tidur ke?"sergah mak tiba-tiba kedengaran kuat di cuping telingaku mengejutkan aku dari lamunan.

"eh,eh,eh....mak, tak adalah..Imah ada ni...habis tu macam mana mak?"tanyaku entah apa soalanku sebenarnya....

"laa...mak tanya, ada tak mak dia atau abah dia telefon Imah petang tadi?" lagi sekali bibirku diketap...padan muka!!siapa suruh berangan lama sangat..marahku pada diri sendiri.

"ermm...mcm ni mak, petang tadi memang ada panggilan, tapi nombor tu Imah tak kenal. lagipun masa tu Imah sedang sibuk nak siapkan assigment, jadi Imah tak angkatlah panggilan tu. Imah tak tahu pulak itu panggilan dari keluarga mak cik Ani, Imah sangkakan mungkin orang salah nombor kot." jawabku jujur padahal dalam mindaku sedang bermain perkataan. - kalau salah nombor, tak kan sampai lima missed call-

"dah kalau macam tu nak buat macam mana...diaorang akan telefon balik kot, lain kali laa tu..takpelah dulu Imah, mak pun dah nak masuk tidur ni..”

"a'aah, yer lah mak. Imah pun sama la ni....Assalamualaikum mak, kirim salam kat abah dan semuanya ya mak"

"waalaikumussalam"..jawab mak mengakhiri perbualan kami malam itu.

Bermula malam itu, fikiranku tak pernah tenang, dadaku tak pernah diam apabila terdengar nyanyian dari telefon bimbitku, andaikata diaorang telefon, tak tahu pulak apalah yang mesti aku jawab ni. Semakin buntu aku ketika ini. 

“Ya Allah macam manalah kesudahan padaku ini, bantulah aku ya Allah, berilah petunjukMu untuk hambaMu ini, kerana petunjuk terbaik adalah darimu ya Allah tuhan yang mentadbir segala sesuatu yang terjadi pada hamba-hambaMu ini.” Doaku dalam hati setiap kali selepas solat dan sebelum tidur dan kadang-kadang setiap waktu...

Apa yang aku sedari ketika ini, dalam dua minggu ini tidak ada satu panggilan pun yang masuk dari nombor yang tidak aku kenali. Agak-agaknyalah diaorang pasti faham sebab aku dah nak final ni kan, tentu aku sibuk nak siapkan semua tugasan akhir. Maklumlah, tika ini aku dah masuk ke sem akhir, hanya tinggal satu sem lagi untuk menamatkan pengajianku dalam bidang Akaun peringkat Ijazah. Apa yang penting sekarang, tumpuan aku sepenuhnya hanyalah untuk final yang akan datang dalam satu minggu lagi. Dan sejak aku balik rumah dalam tiga hari yang lepas, takda seorang pun yang bertanya dan ungkit pasal ni padaku termasuk mak sendiri. Aku sendiri pun pelik, tapi tak apalah kalau keluargaku sendiri pun dah faham akan keadaanku ketika ini. 

Alhamdulillah...
Selepas lima hari aku di rumah, aku akan kembali ke hostelku bagi mengemaskan lagi persedian bagi final ku yang semakin hampir ini, debaran tu ada lah jugak, tapi nak buat macam mana, peperiksaan dan ujian harus ditempuh dan diteruskan untuk menjamin kejayaan di bumi kampus kesayanganku ini. Minggu ini hanyalah minggu ulangan semua subjek bagi persediaan final. Akan ku buat bersungguh-sungguh demi harapan mak abah yang tercinta.

“Kata orang, sem akhir inilah sem yang paling berharga untuk mendapat pointer yang cemerlang kerana ia akan menjamin CGPA yang terakhir kita. Tapi bagi aku, berapa pun pointer yang aku dapat, semuanya adalah datang dari Allah dan yang terbaik untuk kita atas usaha kita selama ini. InsyaAllah, siapa yang berusaha kuat, pasti Allah akan balas dengan hasil yang lebih kuat.”  Itulah janjiku pada diri sendiri dalam apa jua perkara yang dilakukan.

Akhirnya, final exam ku dah tamat. Alhamdulillah syukur aku hadratkan pada Ilahi kerana memberi kesihatan dan kemudahan bagiku untuk menjalani peperiksaan akhir pada sem ini. Harapan dan doaku agar keputusan yang terhasil nanti akan memuaskan hatiku dan yang paling penting bagi kedua orang tuaku, InsyaAllah. Setelah selesai semua urusan di universiti, aku mahu terus pulang ke rumah bagi memenuhi masa cutiku bersama keluarga, tak sabar-sabar rasanya ingin menunggu saat-saat bersama keluarga di musim cuti nanti. Mak abah dan keluargaku adalah orang yang paling aku cintai dan sayangi selepas cinta pada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w. dan apabila akan bersama dengan orang yang aku sayang adalah merupakan saat-saat yang paling bahagia dalam hidup. 

Ini mengingatkan ku kepada sabda Rasulullah dari riwayat Aisyah r.a bersabda: "Melihat pada tiga perkara adalah ibadah. Melihat wajah ibu bapa, melihat al-Quran dan melihat lautan." - (Riwayat Abu Nuaim). 

Melihat mereka dengan perasaan sayang pun merupakan ibadah, apatah lagi bergembira akan bersama mereka dan berbuat baik kepada mereka, itu adalah lebih-lebih lagi. 

Selain itu, ada juga satu hadis Rasulullah s.a.w yang bersabda bahawa : Redha Allah bergantung pada redha ibu bapa kamu dan murka Allah bergantung pada murka ibu bapa kamu." (HR al-Hakim). 

Kedua-dua hadis ini menjadi satu panduan dan peringatan padaku untuk sentiasa berhati-hati dalam semua tindakanku kepada mak dan abah.

Saat-saat kerinduanku di rumah ialah apabila kami akan berkumpul seketika selepas solat berjemaah bersama. Ketika itulah, mak dan abah akan memberi sedikit kata-kata semangat dan peringatan buat putera puterinya yang disayangi. Kemudian kami akan berbual panjang dan melakukan aktiviti keluarga seperti tadarus al-quran secara berjemaah dan sebagainya.

Sewaktu cuti sem, biasanya kami sekeluarga akan berziarah ke rumah sanak-saudara dan sahabat-sahabat untuk mengeratkan lagi silaturrahim antara kami. Kalau tidak kami berkunjung, mereka juga  pasti akan berkunjung ke rumah kami. Dan satu yang merunsingkan hatiku ialah dengan kunjungan keluarga hazif ke rumah kami di suatu petang. Melihat wajah ibubapanya telah meresahkan hatiku, apakah jawapan yang patut ku keluarkan bagi memuaskan hati kedua-dua belah pihak. Tiba-tiba mindaku ligat berfikir mengingat kembali pada satu mimpi yang ku alami pada pagi itu, adakah itu satu petunjuk untuk aku menangguhkan dulu perjodohan ini? atau suatu mainan tidur? Dua persoalan itu bertukar silih ganti satu persatu untuk mendapat jawapan yang terbaik. 

“Ya Allah, macam mana dengan aku ni?apa keputusan terbaik aku ni? Ya Allah, bantulah aku dalam membuat satu keputusan yang terbaik untuk semua.” 

Setiap malam, aku sentiasa bangun solat sunat untuk memohon petunjuk dari Allah dalam membuat satu keputusan penting bagi hidupku ini. Kata orang, kadang-kadang Allah akan tunjuk melalui mimpi, kadang-kadang melalui gerak hati yang kuat atau selainnya bergantung kepada individu itu sendiri. Tapi, bagi diriku, tidak pasti, apakah petunjuk yang datang kepadaku? Mungkinkah aku masih tidak menyedarinya atau bagaimana? Persoalan itu berlalu pergi begitu sahaja tanpa jawapan bersama bayu petang yang sesekali menerjah masuk melalui tingkap rumah.

"Imah! buat apa kat sini?, kenapa tak bawa masuk lagi hidangan tetamu ni ke depan" sergah mak yang tiba-tiba datang dari belakang entah bila sampainya, aku pun tak sedar.

"eh. mak...tak ada apa-apa, ni nak ambil dulang dalam almari." jawabku cepat-cepat mencari dulang itu..  

"Imah, kalau diaorang tanya, Imah jawab lah yer....mak dah jawab tadi, tapi diaorang nak dengar dari mulut Imah sendiri"...kata mak memecah kegugupanku.

"la, begitu pulak..kan mak dah jawab, tak kan tak puas hati lagi kot"  ngomelku pada mak...

"ah, sudah-sudah...biarkan dioranglah...perkara macam ni biarlah semua pihak puas hati, barulah tali silaturrahim tu kekal tanpa salah faham"...
jawab mak memotong kata-kataku sebentar tadi dan terus berlalu pergi...aku hanya mampu tersenyum sengih di hadapan mak, padahal dalam hati ni, bagai nak pecah dada dengan degupan jantung yang entahkan bila akan menjadi normal kembali...pelbagai ayat-ayat yang ada dalam dadaku, ku baca semuanya sambil mengusap-ngusap kedua belah tapak tanganku yang semakin berubah menjadi sejuk bagaikan ais yang membeku..macam tulah keadaan diriku apabila berada dalam keadaan yang terlalu panik dan berdebar-debar...

Dengan bacaan “Bismillahirrahmanirrahim” aku melangkah masuk ke ruang tamu sambil membawa dulang hidangan tadi...tanpa mengangkat muka terus ku letak dulang atas meja dan disusun cawan satu-persatu dan saat itulah aku merasakan semua orang sedang memerhatikan semua kelakuanku..selesai itu, aku bangun dan terus duduk di tepi mak..tanganku ini tak tahu nak katalah, MasyaAllah, sejuknya bukan kepalang, mengalahkan ais.

"ermm...sekarang Imah dah ade kat sini..eloklah kita tanya tuan empunya badannya sendiri ye kak lah". ayat itu keluar dari mulut ibunya hazif yang memulakan kembali perbualan mereka yang terhenti dengan kedatanganku tadi...muka ku angkat terus ku tujukan pada empunya suara sambil tersenyum hambar. Di kala itu, aku juga mengangguk tanda mengiyakannya..

"ye lah ani....ha Imah, tu mak cik ani tanya Imah, macam mana jawapan daripada Imah sendiri?" tanya mak sambil memandang kami berdua...Dengan menarik nafas sedalam-dalamnya, aku memulakan bicara...

" sebenarnya, Imah sendiri terkejut dengan perkara yang dibagitau emak tiga minggu yang lepas, sebab Imah sendiri tak  pernah terfikir langsung pasal ni buat masa sekarang, lagipun Imah sendiri pun masih belum habis belajar lagi setakat ni..jadi Imah nak mohon maaf pada semua sebab buat makcik, pakcik tunggu lama dengan keputusan Imah dan dengan apa yang akan Imah cakapkan nanti, sebab Imah sendiri rasa yang ini terlalu cepat buat Imah. Imah tak boleh terima lamaran ini makcik,pakcik sebab Imah rasa sangat belum bersedia untuk memulakan ini semua. Tambah lagi, Imah nak habiskan pengajian dulu dan hanya nak tumpu pada pengajian saja setakat ini. Sekali lagi Imah dan keluarga mohon maaf pada makcik,pakcik dan keluarga. Imah harap makcik, pakcik dapat terima keputusan ini dengan berlapang dada tanpa salah faham antara keluarga kita''...
begitulah pengakhiran ayat yang keluar dari mulutku...semua mata semestinya hanya tertumpu padaku seorang dan keadaan waktu itu senyap saja, hanya kedengaran detik-detik jam masa berlalu...

"baiklah, kalau macam tu keputusan dari Imah, kami akan terima dengan hati terbuka, mungkin bukan jodoh antara kamu berdua lagi setakat ini" balas ibunya dengan suara mendatar....

kemudian perbualan kembali rancak dengan macam-macam kisah dan cerita yang keluar seolah-olah tiada apa yang mengecewakan berlaku sebentar tadi...Hatiku hanya mampu memohon syukur Alhamdulillah pada Allah s.w.t kerana memudahkan urusanku tanpa sedikitpun kesulitan setakat ini. selepas hari itu, hatiku menjadi sungguh lapang tanpa resah lagi dan tak perlu lagi memikirkan tentang itu lagi. Tugasku sekarang tertumpu sebagai seorang pelajar yang sedang menghabiskan pengajian dan hanya tinggal satu sem sahaja lagi.

------------------------------------------^^------------------------------------

Setelah berlalu beberapa minggu, semester terakhirku bermula. dalam tempoh 14 minggu yang baru bermula ini, aku semakin kuat bertungkus-lumus bagi menyiapkan segala perkara dan projek yang ditugaskan bagi memenuhi pra-syarat semester. Bermacam-macam tugas yang dijalankan tidak kira secara individu atau berkumpulan. Hari demi hari, bulan berganti bulan, akhirnya aku selesai juga pengajianku pada peringkat ijazah sarjana muda Akaun selepas peperiksaan yang terakhir berlangsung di dewan besar utama. 

“Alhamdulillah, akhirnya berjaya juga menyiapkan segala yang diperlukan bagi pelajar semester akhir pada hari terakhir di kampus. Aku hanya perlu menunggu keputusan keluar dalam dua bulan akan datang.” 

Apa yang membahagiakan aku sekarang ialah waktu rehatku akan menjelang tiba dan sentiasa bersama keluarga di rumah. Alhamdulillah dengan anugerah yang Allah kurniakan pada diriku dengan keluarga yang terbaik yang sangat dicintai dan disayangi.

--------------------------------------^^----------------------------------------

Beberapa bulan kemudian, setelah memperoleh result yang terakhir, aku  dimaklumkan dengan tarikh konvokesyen pula. Setelah itu maka tamatlah sudah pengajianku dalam bidang Akaun pada peringkat ijazah sarjana muda dengan kepujian. Akhirnya, setelah aku bergraduan beberapa bulan selepas itu, Alhamdulillah, aku diterima bekerja di sebuah sekolah menengah sebagai guru ganti sementara bagi subjek prinsip akaun dan perdagangan yang jaraknya agak jauh dari rumah, maka aku terpaksa berjauhan pula dengan keluarga dan tinggal di rumah sewa yang berdekatan dengan sekolah tersebut. Walau macam manapun, aku teruskan jua semangat ini untuk mendidik para generasi yang akan membesar sebagai pelapis pemimpin negara pada masa hadapan. 

Aku sangat bahagia bertugas di sekolah tersebut, kerana guru-guru semuanya baik hati, ambil berat dan sentiasa bekerjasama dalam menguruskan apa jua program yang dianjurkan. Di samping itu, pengetua juga turut sama turun padang bersama-sama dalam menjayakan aktiviti kami bersama. Sejak aku bekerja di sini, jarang sekali aku dapat pulang ke rumah kerana selain aku mengajar di sesi pagi, aku juga ditugaskan untuk mengajar di kelas tambahan di waktu petang atau di waktu hujung minggu. Cuma kadang-kadang, apabila tiada kelas tambahan pada hujung minggu, akan ku gagahkan jua pulang ke kampung untuk menjenguk keluarga di sana terutamanya mak abah tercinta.

Namun, kepulanganku kali ini agak aneh disambut oleh mak dan abah. Hatiku bagaikan berbunga-bunga kerana dari pintu hadapan, senyuman meleret-leret dari mak dan abah tak pernah padam. Agak pelik kurasakan, tapi kubuang jauh andaian itu. Mungkin memang mak dan abah betul-betul gembira dengan suatu khabar yang aku pun belum tahu apa ceritanya. Malam itu, setelah makan malam bersama, mak dan abah memanggilku ke ruang tamu, katanya ada sesuatu yang hendak dibincangkan denganku. Tiba-tiba debaran itu muncul lagi dalam hatiku, bermacam andaian yang bermain di benakku. Apalah agaknya yang hendak dibincangkan ni?persoalan yang tiada jawapan.

Apabila kami tiga beranak berkumpul di ruang tamu, maka abah memulakan bicara..

"Imah, tahun ini, Imah dah masuk 24 tahun, jadi abah rasa dah sampai masanya untuk imah memikirkan tentang rumahtangga. Sebenarnya abah ada terima satu rombongan merisik untuk Imah minggu lepas. Lelaki tu baik orangnya, lepasan universiti Madinah dan sekarang bekerja sebagai pegawai agama di jabatan kerajaan dan juga ustaz mengajar kelas tambahan di beberapa buah sekolah, juga di masjid-masjid dan surau sekitar. Jadi sebelum abah menjawab rombongan merisik itu, lebih baik abah tanya Imah sendiri kan..." terang abah panjang lebar sambil menghulurkan sekeping gambar padaku.

"Tu gambar lelaki tu Imah, tengoklah dulu" sampuk mak dari tepi sambil tersenyum. ku sambut sekeping gambar itu, tapi tidak kulihat lagi dengan jelas.

"Takpelah Imah, abah bukannya nak jawapan kamu sekarang, biarlah imah fikirkan dulu yer" ayat dari abah itu melegakan sedikit keresahan di hati ini. malam itu aku hanya mampu berdiam diri dihadapan mak dan abah. Hanya mendengar dengan teliti perkara yang mereka cakapkan. Setelah itu, aku memohon untuk masuk ke bilik, lagi pula malam pun dah semakin lewat....

Dalam bilikku, aku jadi termenung lagi dengan apa yang dicakapkan abah sebentar tadi.. 
Ketika itu, aku teringat akan sekeping gambar yang diberi abah tadi yang kuletakkan di atas meja cerminku. dengan lemah, aku bangun longlai dan mencapainya, terus aku duduk di katil. Dengan ucapan “Bismillahirrahmanirrahim” dan sedikit perasaan berdebar, aku lihat individu yang ada pada gambar itu. Tika itu, aku hanya mampu tersenyum sendirian, malu pun ada.
 
Selepas itu, aku bercadang untuk menghubungi sahabat baikku nurul untuk bertanya pendapatnya tentang dilema perasaanku kali ini.

“nurul, saya ada satu perkara nak tanya kat awak ni?”

“yer ke imah? Sejak bila awak jadi serius ni? Setahu saya selama ini, kalau awak nak tanya sesuatu pun taklah sampai serius macam ni?”

“alah...nurul...saya kene serius lah ni...ni soal hidup mati saya ni...kalau baik keputusan saya ni, maka baiklah kehidupan saya bukan sahaja di dunia, bahkan juga insyaAllah di akhirat nanti”
“waah!!!....it’s really imah that i know?? So seriously!!!!i don’t beleive it??”

“amboi!! Tak kan lah sampai macam tu sekali....ni kawan awak lah ni, siapa lagi...”

“yer lah,,,,tapi serius sangat ni...rileks laa dear, hidup ni memang ada saat tegang dan tenang, walau apapun hadapilah setiap ketegangan itu dengan ketenangan, insyaAllah pasti akan peroleh sesuatu yang terbaik ”

“ok...insyaAllah...saya harap-harap pun macam tu la nurul”

“wait!!...sebelum awak tanya saya soalan, cool la sikit, tarik nafas dalam-dalam yer my friends”

“Ok..thanks nurul....macam ni, tadi, abah saya ada bagitau saya yang saya ni sedang dirisik seseorang, tapi abah tak bagitau keputusan lagi sebab abah pun nak tahu keputusan dari saya sendiri”

“waah!!!kawan saya dah kene risik!! nanti nak kawin!! nak jadi pengapitnya boleh cik imah??”

“nurul!!!!!!serius laa!!!!!!”

“ok.ok.ok.....sorry dear...teruskan2...haha”

“then, saya ni masih keliru sama ada nak terima atau tidak sebab hati saya ni masih di ambang dilema sikit....macam mana ni nurul?”

“hermm, imah...kenapa awak rasa dilema pulak, bukan ke calon tu sorang jer ke, bukan pun awak ada pilihan lain”

“nurul...saya dilema sama ada nak terima tak dia tu. Layak ke dia dengan saya, betul ke dia tu betul-betul sesuai dengan saya, saya masih tak berapa yakin dengan hati ni”

“ooo...macam tu...i see....kalau macam tu boleh saya tanya banyak soalan ke imah?”

“insyaAllah, boleh jer..tanya laa..”

“ermm...apa kata abah dengan mak awak”

“diaorang ok jer dan setuju sebab calon ni lepasan universiti madinah, seorang ustaz dan dah bekerja di sebuah jabatan kerajaan...Cuma diaorang nak tahu keputusan dari saya sendiri”

“ermm...jadi..ni masalah perasaan lah yer”

“tu lah nurul.....saya masih bingung memikirkannya...”

“kenapa imah rasa bingung untuk menerima calon tu? Menurut imah, calon tu ok, then mak abah pun dah setuju...so that’s no problem”

“sebenarnya nurul, dia tu dulu adalah sama sekolah dengan saya dulu. Naqib usrah saya di sekolah dulu...”

“opppss!! Inilah punca yang jadi bingung yer”

“hehehe, begitulah lebih kurangnya........ni best ni...kalau nurul mesti boleh nampak jalan nak buat keputusan”

“ishk...takdelah....semua tu Allah yang tentukan, saya ni sebagai salah satu ejen jer...hehehe”

“yer lah...ejen pun ejen lah...janji bahagia”

“yer lah...apa pulak tak bahagianya, kawan saya sorang ni kan dah nak kawin!! hahaha”
“nurul!!.....so, apa pendapat awak?”

“ok...pada pendapat saya, inilah jodoh terbaik yang Allah datangkan untuk awak..sebab semuanya tepat pada masa dan mendapat restu dari mak dan abah tu yang paling penting....dua-dua dah habis belajar dan dah kerja pun....dan kalau tengok umur pun memang selayaknya untuk masuk ke gerbang pernikahan sebagai sunnah nabi kita....dan awak pun dah kenal watak dia dari sekolah lagi, justeru itu, berdoalah pada Allah, agar diberi keyakinan pada hati untuk menerimanya....bagi saya rugi sangat kalau awak tak terima, ingat senang ke nak dapat yang baik macam tu...”

“ermm...betul sangat tu apa yang awak cakap kan tu.....doakanlah untuk saya agar Allah memberi keyakinan pada hati ini untuk menerimanya dan inilah yang terbaik dunia dan akhirat”

“insyAllah..imah....saya doakan untuk awak my beloved friend dunia dan akhirat”

“amin...”

Perbualan kami berhenti disitu...kini giliran aku pula bercakap-cakap dengan diriku sendiri sambil memikirkan ada benarnya apa yang diperkatakan nurul tadi..

“kalau difikirkan memang ada benarnya juga. Memang umurku dah masuk 24 tahun, sepatutnya umur 20-an ini dah mula nak fikir pasal rumahtangga. Tapi bagi diriku, adakah sudah layak untukku berumahtangga? kenapa pulak tak layak, kan aku dah habis belajar, tambah lagi dah bekerja pulak tu...apa yang tak layaknya”...setiap persoalan yang diiringi andaian jawapan itu terus bermain di otak fikiranku. Memang tak ada sebab lagi untuk aku menolaknya kali ini.

“ya Allah, adakah ini jodoh yang Engkau hantarkan untukku, memang cukup sempurna pada pandanganku, ditambah lagi dengan apa yang dicakapkan oleh abah tadi, memang dia boleh membimbingku ke jalan yang sebenarnya.”

Rupa-rupanya, orang yang berada pada foto itu ialah antara salah seorang naqib muslimin yang menerajui persatuan kami di sekolah menengah suatu ketika dahulu, dan kami memang selalu berusrah bersama Ajk. Sewaktu di sekolah dahulu, memang dia popular dengan gelaran ustaz memandangkan kemampuannya  dalam menerajui jawatan ketua pelajar sekolah dahulu. Sebenarnya, sejak dahulu, memang aku sangat kagum pada peribadi dan kemampuannya. Tapi, tidak kusangka yang dia ini datang merisik diriku saat ini. Tapi satu ‘persoalan’ penting mesti aku tanyakan pada mak…..

“bagaimana dia boleh kenal keluarga aku?”

“Tapi, apakah aku ini layak untuk digandingkan dengannya? Kenapa pulak aku berfikir seperti itu, bukankah dia yang akan datang dalam hidupku, bukan aku yang mencarinya?tapi, siapakah dia yang sebenarnya,”

Persoalan itu, entah bila boleh ketemu jawapannya. akhirnya aku lena dengan pelbagai persoalan yang sarat tersusun ke ruang mindaku.

Tiba-tiba, aku terjaga dari tidur. aku tertidur rupanya. aku lihat jam menunjukkan tiga pagi. 

“alangkah elok kalau aku bangun untuk solat-solat sunat. ini adalah tanda Allah mengejutkanku untuk beribadat padanya pada waktu yang amat sesuai supaya lebih khusyu’ padaNya.” 

Terus, dengan langkah yang sedikit longlai, aku menuju ke bilik air dan mengambil wuduk. kemudian aku mendirikan beberapa solat sunat pada malam hari. pada akhir solat, aku sentiasa tidak lupa untuk memohon supaya Allah terus memberikan petunjukNya padaku untuk aku membuat keputusan yang terbaik pada diriku dan semua orang disekelilingku. Dan terus ku terlena di tikar sejadah.

"argh! dah azan subuh rupanya" azan yang berkumandang mengejutkan aku dari terus terlena. Dengan sedikit kekuatan aku melawan kesejukan suhu pagi, aku bergegas ke bilik air selepas lima belas minit kemudian. 

seusai solat subuh, seperti biasa aku akan menyantap sedikit makanan rohani sebagai satu suntikan semangat pada diri, dan selepas itu, seperti biasa aku akan mempersiapkan diri bagi memulakan awal pagi dengan ceria. Tetapi pagi ini agak berbeza semangat yang ada pada diri ini, seakan-akan mendapat satu suntikan yang luar biasa sekali, entah kenapa aku pun tidak tahu dan enggan untuk memikirkannya. Aku hanya bersyukur dengan sedikit keyakinan yang dikurniakan Allah pada diriku.

"mak, buat apa tu? awalnya, dah berasap dapur pagi ni" sapaku sesampai di dapur dan melihat mak yang sedang sibuk menyiapkan sarapan pagi. tanpa berlengah lagi, aku pun turut sama membantu apa yang patut.

"ermm..masak nasi lemak...biasa lah tu Imah,..inilah kerja mak setiap pagi tak kira hari sekolah atau hari cuti...masa Imah sekolah dulu, macam nilah jugak mak dan sampai sekarang macam nilah jugak" jawab mak selamba

"alah mak...Imah gurau jer lah..sebab tu kami sayang sangat kat mak, sebab mak rajin dan pandai masak" pujiku seloroh pada mak..

"ah, jangan nak puji-puji lah Imah, pergi kejutkan adik-adik tu, mesti diaorang dah terlena lepas subuh tadi..dah pukul lapan lebih dah ni" arah mak seolah-olah seorang guru.

"ok!" terus aku panjat tangga menunuju ke bilik adik-adikku.

Petang itu, aku mendapat surat tawaran bekerja sebagai akauntan di salah sebuah bank di sekitar bandarku. Tapi sebelum tu, aku mesti hadiri satu sesi temuduga bagi melayakkan aku diterima bekerja di situ. Wah! syukur Alhamdulillah hanya mampu terucap di lubuk hati ini ketika menerima surat ini dari encik posmen tadi..

“temuduga minggu depan, pukul 9:00 pagi ….ermm..nampaknya aku mesti ambik cuti dua tiga hari jugak ni” kataku sendirian sambil langkahku menuju ke bilik.

------------------------------------------^^------------------------------------

Satu minggu kemudian, apabila aku pulang kembali ke rumah, inilah masa yang mendebarkan kerana aku mesti memberi keputusanku pada lamaran yang di beritahu abah baru-baru ini. tapi, sebelum itu, aku telah pun berbincang dahulu dengan mak...

"mak, Imah ada sesuatu nak tanya dengan mak ni, mak duduklah sini sekejap" sambil menepuk tempat duduk disebelahku menyuruh mak duduk, mak sekadar mengangguk.

"mak, sebenarnya Imah ini layak tak, nak terima risikan tu mak?apa yang mak fikir pasal Imah?” tanyaku membuka pintu perbualan antara kami.

"Imah, macam abah cakap hari tu, umur Imah ni dah sepatutnya fikir pasal tu. dan Ini adalah rezeki Allah datangkan untuk Imah. walaupun kita tak tahu dia jodoh kita atau tak, tapi buat masa sekarang apa yang jelas, Allah telah memberi jalan buat kita untuk mencapai jodoh itu."

"tapi mak, Imah rasa Imah tak sesuai dengan dia mak, dia terlalu baik dan sempurna bagi Imah, lagipun Imah ni, apalah yang ada"

"Imah. tak siapa yang tau siapa jodoh yang paling sesuai untuk kita, tapi sekarang Allah datangkan jodoh itu untuk Imah, dah semestinya Allah tau dia macam mana, Imah macam mana, sebab tu Allah datangkan dia pada Imah. lagipun, kalau ditengok-tengokkan, dia tu baik, berilmu dan bekerja pulak tu. dan yang penting, dia bertanggungjawab serta boleh mendidik kita dan anak-anak kita akan datang dengan sebaiknya."

"betul mak, kali ini memang tak ada sebab untuk Imah tolak kerana semua yang imah impikan telah imah genggam sekarang ni, jadi, sekarang imah hanya ikut apa keputusan mak dan abah, andai mak dan abah setuju, Imah akan setuju, Imah tau mesti setiap ibubapa nakkan yang terbaik untuk anak-anaknya kan." mak hanya tersenyum dan mengangguk tanda setuju.

“mak, satu lagi imah ada soalan ni..”

“apa dia?”

“ermm….macam mana keluarga dia kenal keluarga kita mak?”

“kenapa imah Tanya macam tu?imah dah kenal ke dengan dia sebelum ni?”

“ermm…kenal dari jauh kat sekolah menengah dulu….sebab tu imah nak tau mak…”

Mak pun memulakan bicara panjangnya…..

“abah tu, sejak dia pencen tahun lepas, dia sangat aktif dengan aktiviti usrah, boleh dikatakan setiap minggu…kadang-kadang, setiap malam dia pasti ada mesyuarat syura kat kawasan kita ni…..dari situlah abah kenal keluarga dia…setahu mak, ayah dia tu ketua majlis syura kat kawasan kita ni….”

“oo…macam tu”…patutlah anak dia pun aktif kat sekolah dulu, rupanya ayah dia pun macam tu jugak…bapa borek anak rintik lah katakan…hatiku berkata-kata sambil tersenyum sendiri..

“haa! yang imah duk senyum sorang-sorang ni apahal?” sergah mak tiba-tiba….merona merah terasa wajahku ketika itu…

“hehehe..tak ada lah mak…saje,,,nak senyum-senyum sikit”…kami sama-sama ketawa….rupa-rupanya jodoh ku ini dipertemukan melalui usrah yang tak pernah aku ketahuinya…..itulah rahsia Allah!!subhanallah!!

-----------------------------------------^^------------------------------------

Akhirnya, selepas keputusan yang ku beri adalah positif, maka kedua-dua belah pihak terus berbincang tentang lanjutan acara yang akan diteruskan. Pertamanya yang dirancang adalah majlis pertunangan yang akan dilangsungkan dalam tempoh satu bulan akan datang memandangkan kedua-dua belah pihak telah pun bersetuju untuk melangsungkannya.
Dan satu lagi tujuan kepulanganku kali ini adalah untuk menghadiri satu temuduga penting….memang tak sabar-sabar rasanya….

“Assalamualaikum…ermmm,encik…boleh tumpang tanya? Tempat temuduga ni kat tingkat berapa ya?”..sambil aku menghulurkan surat temuduga tersebut.

“Waalaikumussalam….oh ya, temuduga tu kak naik ke tingkat tiga, dan terus ke kauter pertanyaan kat situ yer”

“ok…terima kasih yer”

“sama-sama”..kami berbalas senyuman seketika…dalam hati aku mengomel sendirian…kak dia panggil aku, tua sangat ke aku ni? Kahwin pun tak lagi...

 Selepas tamat temuduga itu selama 30 puluh minit, terasa lega yang teramat sangat…

“fuh! Alhamdulillah, dah selesai interview…leganya rasa…” aku berkata-kata sendiri sambil melangkah keluar dari bilik temuduga….mudah-mudahan, adalah rezeki aku kali ini…insyaAllah.

----------------------------------------^^--------------------------------------

Beberapa minggu telah berlalu, kini telah tiba masanya yang telah dirancang iaitu majlis pertunangan antara aku dan dia. Memang tak pernah dinafikan, antara kami jarang sekali berhubung melainkan melalui perantaraan ibu dan bapa. Bukan apa, tapi memandangkan kedua-dua kami telah berkerjaya dan hanya sibuk untuk bekerja. Kata orang, tak ada masa nak bercintan-cintun seperti remaja sekarang. 

Dan bagi kami, bercinta sebelum mengangkat tali pernikahan adalah tidak digalakkan sama sekali, apatah lagi sebelum pertunangan termeterai.
Namun dalam ajaran Islam ada satu istilah untuk mengenal-ngenal hati budi antara kedua-dua belah pihak iaitu ‘ta’aruf”...namun ta’aruf ini mestilah sentiasa ditemani mahram atau keluarga sebagai orang tengahnya agar segala yang dibicarakan haruslah perkara yang berkaitan sahaja.
Apabila telah sah aku bergelar tunangan orang, maka akan terangkat pada diriku satu tanggung jawab, walaupun dalam masa yang singkat sebelum tarikh pernikahan, tanggungjawab ini kadang-kadang tak pernah sesetengah orang pedulikan, tapi bagi aku tidak, kerana setiap tanggungjawab itu adalah amanah, dan amanah itu adalah sangat berhubung kait antara hamba dan pencipta. Sebagai tunangan orang, aku harus lebih menjaga kehormatan, adab tatasusila, budi pekerti dan akhlak kerana yang terpikul dibahuku ini bukan hanya nama baik keluargaku sahaja, bahkan ditambah lagi maruah keluarga tunangku.

Semasa dalam tempoh pertunangan inilah kata orang, darah muda itu semakin panas kerana pihak yang ketiga yang bergelar “syaitan” itu sangat suka remaja yang berada dalam tempoh ini. Dalam waktu inilah, kadang-kadang kalau tidak dijaga dengan baik akan menimbulkan perbagai musibah dan fitnah yang bukan sahaja menimpi diri, bahkan juga keluarga juga yang akan menaggungnya.

Disebabkan masa yang paling hampir untuk langsungkan pernikahan selepas pertunangan ini adalah semasa cuti sekolah pada akhir tahun ini, maka tarikh untuk majlis tersebut ditetapkan pada bulan disember. Kalau difikirkan memang terlau cepat, tapi bagi orang tua kami, apa yang perlu ditunggu lagi, sebab kedua-duanya telah bekerja dan umur masing-masing semakin meningkat jika ditangguhkan untuk beberapa tahun. Jadi, sekarang hanya tinggal lebih kurang 3 bulan sahaja lagi untuk melangsungkan hari bersejarah ini. Setiap persiapan harus dilakukan dengan terancang dan teratur agar majlis yang dirancang akan berjalan dengan teratur dan lancar. Sedikit demi sedikit persiapan dibuat secara beransur-ansur, minggu demi minggu pasti ada perbincangan antara kami sekeluarga demi kelancaran perancanagn majlis ini, bulan demi bulan berlalu dengan penuh perancangan yang telah diatur, Alhamdulillah, semuanya berjalan dengan lancar sekali.

Cuti sekolah dah bermula satu minggu lepas lagi, dan terus disambut dengan kedatangan Ramadhan, kemudian Syawal menjelma. Ini bermakna, hanya tinggal sebulan sahaja lagi majlis itu akan dilangsungkan. Dan insan yang berada di ambang paling mendebarkan adalah diriku. Diriku yang akan diangkat satu lagi tanggungjawab yang sangat besar. Minggu demi minggu, hari demi hari, jam berganti minit, saat demi saat, majlis pernikahan kami akan berlangsung pada malam ini dan majlis walimatul urusnya akan diadakan pada esok hari. 

Ramai sekali sanak saudara dan jiran-jiran yang datang membantu, di kampung ku ini ,masih mengekalkan tradisi gotong-royong antara satu sama lain, inilah bahagianya hidup di sini. Kami jiran tetangga saling memerlukan antara satu sama lain dan sentiasa berkerjasama dalam apa jua yang dilakukan.

-----------------------------------------^^-------------------------------------

Beberapa minit lagi, rombongan pihak lelaki akan sampai, jurunikah dah pun menunggu ketibaan pengantin lelaki. Aku masih berada di bilik yang terus cuba meredakan debaran yang semakin memuncak dan entah bila akan tamatnya kerancakannya. Deruan angin sejuk malam membelai wajahku lembut menambahkan lagi kebekuan pada wajah dan tanganku. Tiba-tiba kedengaran ketukan di pintu bilik…

“Imah, rombongan lelaki dah sampai, ni jurunikah panggil imah untuk tandatangan persetujuan dari pengantin perempuan” kata mak…aku hanya sekadar mampu mengangguk dan tersenyum hambar. 

Aku yang siap berpakaian pengantin ni terus mengekori mak dari belakang menuju ke ruang utama. Ramai sekali sanak saudara yang datang rupanya. Aku duduk di satu sudut rumah dengan tertunduk. Aku tak berupaya untuk melihat sesiapa melainkan hanya mampu tertunduk merenung jari-jariku yang semakin sejuk membeku. Sambil-sambil itu, tarikan dan hembusan nafas kedengaran dan gesekan tapak tangan tak henti-henti aku lakukan bagi menghilangkan sedikit rasa kegugupan ini.

“ Nur Hasyimah Umairah binti Zulkifli, adakah kamu setuju dinikahkan dengan Muhammmad Amri Huzaifah bin Mustafa? Pertanyaan tiba-tiba dari jurunikah menyedarkan aku dari lamunan.

“ ya, saya ” jawabku sepatah..terus jurunikah itu terus menghulurkan satu borang untuk ku tandatangan. Kemudian, aku beredar sedikit ke sebalik tabir dari ruang tamu itu. Sanak saudara lelaki dah memenuhi ruang tamu yang sempit itu. 

Majlis akad nikah bermula dengan ucapan “Bismillahirrahmanirrahim.”

“Muhammad Amri Huzaifah bin Mustafa, aku menikahkan akan dikau dengan anakku Nur Hasyimah Umairah binti Zulkifli berwalikan aku dengan maskahwin sebanyak lima ribu ringgit tunai” 

ayat itu diucapkan abahku sendiri sebagai waliku, terus air mataku bertakung di kelopak mataku. Ku tahan agar ia tidak jatuh menyembah riba, namun apakan daya yang dapat kutahan, air mata yang ditakung itu terus jatuh mengalir membasahi wajahku selepas jawapan yang diterima oleh suamiku sekarang ini.

“Aku terima nikahnya Nur Hasyimah Umairah binti Zulkifli berwalikan bapanya dengan maskahwin  lima ribu ringgit tunai”… 

Ayat keramat itulah yang menukar statusku dari bujang kepada isteri dan mempunyai satu tanggungjawab yang sangat besar di masa hadapan. Tanggungjawab dan amanah ini bukan sahaja buat diriku dan suamiku serta keluarga dan masyarakat sekeliling, bahkan yang paling penting adalah amanah kepada Allah s.w.t kerana kita semua akhirnya pasti akan kembali padaNya jua.

------------------------------------------^^------------------------------------

“Alhamdulillah, setelah semuanya selesai, amri ingat nak bawa imah pindah rumah yang amri tinggal sekarang, lagipun rumah tu amri dah beli dan rumah kami berdua”...kata suamiku di hadapan keluargaku pada suatu petang.... Emak dan abah hanya tersenyum....

“baiklah amri, emak dan abah tak akan pernah menghalang dan sekarang Imah dah jadi milik amri yang sah. Mak dan abah dah serahkannya untuk Amri...Amri jagalah imah baik-baik...imah tu, tak ada apa yang lebih pada dirinya, kalau ada salah, tolong tegur dan perbetulkan dia” beritahu mak panjang lebar...

“insyaAllah, mak abah...selagi imah berada di bawah jagaan amri, amri akan jaga dia sebaik-baiknya kerana imah sekarang dah jadi tanggungjawab dan amanah Amri dari Allah dunia akhirat” jelas suamiku sambil tersenyum.

“Alhamdulillah, kalau dah amri cakap macam tu....syukur alhamdulillah”...jawab abah tenang.

---------------------------------------^^-----------------------------------

Selepas dua minggu kami berpindah rumah, Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar dan ternyata suamiku adalah seorang yang sangat penyanyang dan bertanggungjawab pada semua amanahnya padaku. Aku sangat berharap, rumahtangga kami akan sentiasa dihiasi dengan kerahmatan dan kebahagiaan sebagaimana keluarga Rasulullah sebagai Qudwah Hasanah yang penuh dengan kasih sayang dan keberkatan dari Allah......insyaAllah...

“imah, tadi abah ada telefon abang, dia cakap ada surat imah sampai kat rumah tadi, jadi balik office tadi, abang terus singgah rumah sekejap ambil surat tu...surat apa tu imah?” jelas suamiku sambil menghulurkan surat yang agak penting itu.

“oowhh..ni surat dari sebuah bank, haritu imah ada mohon sebagai akauntan bank masa dua bulan yang lalu....imah ingatkan dah tak dapat kerja ni..” beritahuku sambil melipat kembali surat itu....

“ooo...akauntan..habis tu, sekarang ni imah dapatlah kerja tu?”

“ye bang...ermm, abang bagi tak imah kerja ni?”

“ imah nak kerja ke?”

“ermm...ikut abanglah, kalau abang bagi, imah kerja, kalau tak sebaliknya lah...”

“kenapa haritu imah berhenti kerja guru sementara haritu masa kita nk pindah sini? Abang ingatkan imah dah tak nak kerja”

“abang.....sekolah tu dengan rumah kita ni jauh...kalau imah tak berhenti, takkan lah imah nak biarkan abang sorang-sorang duduk rumah ni, sedangkan imah duk hujung sana kat rumah sewa pulak tu”

“ooowww....sayangnya imah kat abang yer”

“laaaa...abang ni, mestilah sayang....abang kan suami imah....lagipun, kalau imah tak berhenti haritu kan, abang akan duk sorang-sorang kat sini, apa guna imah ni selaku isteri pertama abang????”

“haaaah!!isteri pertama??imah nak suruh abang pasang satu lagi ke?ok! no problem...”

“abaaaaaaang!!!!!!!!!!, imah gurau jer lah” satu cubitan kecil terlepas di lengan suamiku.

“aduuuh!! Sakitlah...tulah...lain kali, cakap tu jaga-jaga tau...”ketawa suamiku semakin kuat...aku pula seakan-akan menarik muka!geram!

“amboi abang!!!sedapnya ketawakan imah...sudah-sudah lah tu......imah minta maaf bang....habis tu, abang bagi tak imah terima kerja ni?”

“ermm...nanti abang fikirkan dulu yer....tahun depan abang bagi jawapannya yer”....

“amboi!!!!lamanya abang nak bagi jawapan...kalau macam tu baik imah buat satu perjanjian dengan bos bank tu, suruh tunggu tempoh satu tahun dulu, baru imah masuk kerja”....

“hahaha....pandai imah jawab yer...nantilah dulu abang fikirkan....ok lah, abang nak mandi dulu...abang lapar ni, nak makan lah....” lagaknya seperti rengekan anak kecil...

“yer lah...nanti imah siapkan hidangan” kami berbalas senyuman kasih.

Alhamdulillah, sejak hidup berumahtanggan ni, terasa diriku amat lengkap dan sungguh indah sekali, maka betullah kata orang, bercinta selepas kahwin adalah lebih manis dan amat manis sekali. Indahnya cinta apabila mencintai yang berhak untuk dicintai di sisi Allah.

--------------------------------------^^------------------------------------

Tiga hari selepas itu, suamiku membenarkan aku untuk terima kerja disitu, bahagianya aku ketika itu bukan kepalang. Alhamdulillah, sekurang-kurangnya dapatlah aku mencapai cita-citaku sejak dulu lagi....

“imah, abang benarkan imah terima kerja tu, tapi dengan satu syarat, imah mesti pandai membahagikan masa antara masa kerja dan masa bersama keluarga...jangan sesekali membelakang kan tanggungjawab yang wajib daripada yang sunat” pesan suamiku sungguh-sungguh..

“insyaAllah, bang, imah akan buat yang terbaik untuk abang yang tercinta dan bakal keluarga kita nanti”...hatiku berbunga riang...

“bakal keluarga??apa maksud imah? Imah dah...dah..dah...” suamiku cuba menahan senyumannya...

“abang...tu ada bulan kat langit tu!” tunjukku ke luar tingkap cuba mengalih perhatian suamiku sambil tersenyum penuh makna...

“imah....imah...imah”....senyuman bahagia kami berbalas..syukur dengan rezeki dan anugerah yang dikurniakan Allah buat kami....Alhamdulillah...

Lebih kurang satu tahun setengah aku bekerja sebagai akauntan di salah sebuah bank, akhirnya aku mengambil keputusan untuk berhenti kerja selepas menimang cahaya mata pertama kami yang dianugerahkan Allah yang sangat comel dan sihat. Nur Wardah Ibtisam.....aku ingin menumpukan sepenuh perhatian tanggungjawabku buat keluargaku yang tercinta yang dikurniakan Allah buatku...inilah usrahku dunia dan akhirat...

------------------------------------------^^--------------------------------
* Muhammad Amri Huzaifah Bin Mustaffa *
* Nur Hasyimah Umairah Binti Zulkifli *
* Nur Wardah Ibtisam Binti Muhammad Amri Huzaifah *