Jumaat, 29 Jun 2012

SEDARKAH ANDA?

SEDARKAH ANDA?....

Pertanyaan itu tidak saya tujukan untuk sesiapa, tetapi saya tujukan buat diri sendiri sebagai satu peringatan dan mungkin juga sebagai peringatan buat anda semua. Pernahkah anda terfikir apakah yang telah anda sumbangkan untuk diri anda sehari-hari? apakah kebaikan yang anda sumbangkan (Alhamdulillah) atau mungkinkah kezaliman yang anda sumbangkan pada kehidupan anda(Nauzubillahimindzalik)? Firman Allah s.w.t ada menyebut dalam kalam sucinya dari surah Al-'imran : 135...

" Dan (juga) orang-orang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiaya diri sendiri, mereka ingat akan Allah, lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain dari pada Allah? Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu, sedang mereka mengetahui."

Dalam ayat di atas ada menyebut tentang perbuatan yang keji itu sebenarnya adalah mendorong kepada perbuatan yang menganiyai diri sendiri bahkan menzalimi diri mereka sendiri dengan menjebakkan diri dalam kancah dosa kepada Allah swt. Walaubagaimanapun, perbuatan keji itu boleh dihapuskkan dengan taubat yang sesungguhnya kerana Allah amat suka kepada orang yang bertaubat sebagaimana dalam surah al-baqarah ada menyebut;

"Sesungghnya Allah menyukai orang-orang yang bertaubat dan orang-orang yang bersih lagi suci"

Telah digambarkan dalam satu tafsiran bahawa orang yang bertaubat merupakan orang yang bersih dan suci selagi mana dia tidak berbuat dosa selepas itu. Bersih itu ada juga dianggap seperti sucinya seorang bayi yang baru dilahirkan. MasyaAllah! sungguh Maha Pemurahnya dan Penyayangnya Allah s.w.t kepada hambanya! maka dengan itu, sebagai seorang hamba yang tidak pernah leka dengan sentiasa melakukan kesalahan dan dosa, janganlah pernah berputus asa untuk bertaubat kepada Allah dengan sesungguhnya setiap masa dan ketika, dan taubat yang paling ringkas dan mudah adalah melalui lintasan hati kita yang menyesal dengan perbuatan itu dan berazam tidak akan melakukannya lagi dan terus dilafaz dengan lafaz istighfar di kalam bicara melaui doa taubat seorang hamba kepada Allah s.w.t.....

"Katakanlah: "Wahai hamba-hambaKu yang telah melampaui batas terhadap diri mereka sendiri (dengan perbuatan-perbuatan maksiat), janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana sesungguhnya Allah mengampunkan segala dosa; sesungguhnya Dia lah jua Yang Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani." (Surah az-Zumar: 53).

 "Wahai Tuhan kami! janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami, dan kurniakanlah kepada Kami limpah rahmat dari sisiMu; Sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya" (Surah Ali 'Imran: 8).

 Sabda Nabi:
"Sesungguhnya Allah menerima taubat seorang hamba selagi nyawa belum sampai ke halkumnya" (Riwayat al-Tirmizi, dinilai hasan oleh al-Albani).

 hadis baginda:
"Seorang telah melakukan satu dosa, lalu dia berkata: Wahai Tuhanku ampunilah dosaku. Lalu Allah swt berfirman:
HambaKu melakukan dosa dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya –dalam riwayat yang lain ditambah: Aku ampunkan dosanya.
Kemudian dia kembali melakukan dosa yang lain, dia berkata: Wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku.
Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya–dalam riwayat yang lain ditambah: aku ampunkan dosanya.
Lalu dia melakukan dosa sekali lagi, dia berkata: wahai Tuhanku aku telah melakukan dosa ampunilah dosaku. Lalu Allah berfirman: HambaKu melakukan dan dia mengetahui bahawa baginya tuhan yang boleh mengampun dan menghukumnya, maka aku ampunkan hambaKu ini, buatlah apa yang kau mahu aku ampunkan engkau". (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Subhanallah! Rahmat Allah tak pernah jauh dari hambaNya asalkan kita harus sentiasa memohon kerahmatan dari Allah sepanjang masa. Ingatlah! apa yang datang itu adalah rezeki dari Allah dan apa yang pergi itu adalah sedekah kita kerana Allah...walaupun kesulitan yang datang, bahkan keresahan sekalipun, itu semua adalah rezeki dari Allah untuk kita lebih mengenali apa itu erti manisnya sabar yang sebenarnya...kata orang, kata-kata memang mudah diucap, namun bagi yang menaggungnya sahaja yang dapat merasa keperitan itu, namun sebenarnya, ingatlah wahai saudara sekalian, setiap musibah dan dugaan itu sebenarnya suatu peluang dari Allah untuk kita lebih dekat kepadaNya....mungkin sebelum ini kita asyik terleka dengan kamanisan dari kebehagiaan dunia, maka Allah datangkan suatu yang menguji hati dan jiwa kita untuk menyedarkan kita bahawa bukan selamanya kita akan berbahagia dengan kemanisan dunia....hanya yang akan kekal dengan manisnya kebahagiaan selamanya apabila kita sudah mencapai keamanan dan kebahagian di akhirat sana yang hakiki.

"Ya Tuhanku, datanglah kepada kami di dunia ini kebaikan dan juga kebaikan diakhirat  jua...dan jauhilah kami dari azab api nerakamu".....Amiin...