Rabu, 18 Julai 2012

Ramadhan Al-Mubarak!

Ramadhan yang penuh dengan keberkatan didalamnya kembali lagi menyapa kita di tahun ini. Sebelum saya mengorak langkah nukilan ini dengan lebih jauh, marilah sama-sama kita mensyukuri nikmat peluang yang dikurniakan Allah swt buat kita semua untuk melayari bahtera Ramadhan Al-Mubarak kali ini. Peluang keemasan ini tidak akan datang kepada kita jika bukan dengan keizinan Allah swt yang memanjangkan umur kita dan memberi kesihatan yang sebaiknya untuk sampai ke bulan Ramadhan yang penuh dengan janji manis dan benar dari Allah swt dan Rasulullah saw.  Sama-samala kita semua mengambil syafaat, kelebihan  serta Fadhilat yang tidak terhingga banyaknya buat kita kutipnya yang disediakan Allah s.w.t khusus pada bulan mulia ini.

Firman Allah swt tentang janji yang paling agung telahpun termaktub di dalam kita suciNya: 

يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آَمَنُوا كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِنْ قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ
 
 Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana telah diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu, agar kamu bertaqwa. 
(QS. Al-Baqarah : 183)

Ayat ini dengan jelas menjanjikan bagi mereka yang melaksanakan kewajipan puasa yang diperintahkan oleh Allah swt dengan  bersungguh-sungguh, maka akan dijanjikan bagi mereka untuk meningkatkan ketakwaan  kepada Allah swt, sebab itulah ada pepatah yang mengatakan ramadhan adalah madrasah diri. Madrasah ini yang dimaksudkan adalah madrasah ketakwaaan untuk mendidik jiwa nafsu yang telah meronta-ronta dengan pelbagai dosa yang telah terburai beberapa bulan yang lalu. Bulan inilah sebagai satu-satunya bulan yang berkemampuan unutk menyucikan noda yang telah dilakukan sebelum ini dan meningkatkan ketakwaan kita kepada Allah swt serta menambahkan lagi rasa kecintaan yang lebih manis kepadaNya dan juga kepada Rasulullah saw. Taqwa adalah merupakan suatu neraca yang sangat bernilai dan berharga bagi mereka yang beriman kepada Allah dengan sesungguhnya. Neraca ini tidak akan ada nilai lain untuk ditukar ganti yang manjadi pemberat kita di akhirat kelak. InsyaAllah.

Rasulullah s.a.w bersabda :
“Barangsiapa yang berpuasa pada bulan Ramadhan
dengan penuh keimanan dan mengharapkan pahala daripada Allah, dosanya yang telah lalu telah diampuni (oleh Allah)”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari)

Pada hadis ini, jelas memberi makna yang tersirat kepada kita untuk mengikhlaskan niat dalam melakukan ibadat puasa di bulan Ramadhan dan semata-mata hanya kerana Allah swt. Iya! bulan ini adalah bulan yang dipenuhi dengan kerahmatan, keampunan dari dosa-dosa lalu dan bebas dari Api neraka. Kelebihan-kelebihan dan ganjaran amalan yang dilakukan pada bulan ini akan dilipat-lipat gandakan menjadi 700 ratus kali ganda yang tidak mungkin ada di bulan yang lain. Ikhlas pula merupakan perasaan naluri yang tidak dapat diteka, dilihat atau dipaksa untuk merasainya. Ini adalah kerana perasaan ini hanya akan wujud dalam diri mereka yang benar-benar beriman dengan seikhlasnya dan perasaan itu datang dengan sendirinya dengan keizinan Allah yang mengurniakannya. Walaupun ada sesetengah orang yang mengatakan "saya ikhlas melakukannya", masih tidak pasti akan keikhlasannya kerana perkataan itu telah pun keluar dari bibit yang jelas. Walaubagaimanapun, ikhlas ini sebenarnya tidak dapat diukur oleh manusia dan sekelilingnya melainkan hanya Allah sahaja yang dapat mengukur dan memberi ganjaran bagi setiap tahap keikhlasan yang wujud dalam diri kita. MasyaAllah! nikmat terbesar yang paling tidak terhingga yang wujud pada bulan ini adalah malam lailatul-Qadar. Lailatul-Qadar adalah lebih baik dari seribu bulan yang penuh dengan beribadah kepadanya. Walaupun sepuluh tahun penuh kita telah beribadat kepadanya, belum tentu masih padan dengan kelebihan yang dijanjikan pada satu malam pada bulan Ramadhan ini. Lailatul-Qadr!!Subhanallah! 

  Rasulullah s.a.w bersabda :
“Demi Dzat yang jiwaku berada dalam genggaman-Nya,
bau mulut orang yang berpuasa lebih baik di sisi
Allah daripada aroma (haruman) minyak kasturi”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari)

MasyaAllah! satu lagi janji Allah swt kepada hamba-hambaNya yang berpuasa iaitu bau harum mulut lebih baik dari haruman minyak kasturi disisiNya. Betapa pemurahnya Allah swt kepada kita semua, selain diberi ganjaran yang berlipat ganda, dijanjikan ketakwaan yang kental, juga dijanjikan kebaikan yang akan hadir pada hari kemudian nanti. Subhanallah! mungkin andai berada disisi manusia, bau itu adalah yang paling dihindari dan dijauhi, namun disisi Allah swt ia merupakan bau yang sehebatnya. Pemurahkan Allah kepada kita? Di bulan yang penuh keharuman inilah, ada baik dan mulianya kita andai manyulaminya dengan zikir-zikir harian yang tidak terucap sebelum ini, dibasahi dengan ayat-ayat indah Allah swt yang menenangkan jiwa rohani, juga menjadikan bibir itu hanya menyebut perkara-perkara yang baik sahaja. Alangkah bahagianya anggota itu andai berada di hadapan Allah swt nanti. Pasti bibir itu akan tersenyum manis dan terpesona sekali, walaupun hanya perlu mendiamkan dari berbicara di waktu itu.

 Rasulullah s.a.w bersabda :
“Sesungguhnya di syurga terdapat pintu yang dinamakan al-Rayyan. Orang-orang yang berpuasa akan masuk melalui pintu itu pada hari Kiamat. Tidak ada seseorang pun yang akan masuk melalui pintu ini kecuali mereka .Dikatakan: Mana orang-orang yang berpuasa? Lalu mereka semua berdiri. Tidak ada seorang pun yang masuk melalui pintu ini selain mereka. Apabila mereka semua telah masuk, pintu ini akan ditutup dan tidak ada seorang pun yang akan masuk melaluinya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari)

Ya Allah, Ya rahman, Ya Rahim! sungguh indah janji-janji manisMu ini yang tidak akan terbayang di imaginasi dunia. Indahnya andai kita semua diberi kebebasan untuk memasuki pintu-pintu syuragNya yang berada di kalangan tahap yang berdarjat tinggi. Walaupun di dunia, dia hanyalah seorang yang miskin, bekerja dibawah majikan yang berkuasa tinggi, namun andai dia telah melakukan ibadah puasa yang dijanjikan syurga ini dengan penuh keihlasan hanya untuk menuntut keredhaan dan rahmat Allah, InsyaAllah  dia akan tetap dimasukkan ke syurga yang mungkin juga lebih tinggi dari majikannya yang tertinggi di dunia. Pangkat, darjat, kekayaan harta semuanya adalah sementara, namun andai darjat Syurga Allah swt itu yang bakal kita miliki  nanti, itulah sebesar-besar dan setinggi-tinggi penghargaan dan kurniaan Allah swt buat kita semua. Subhanallah! Penyayangkan Allah dengan kita?

Abu Umamah r.a berkata:
“Aku bertanya kepada Rasulullah s.a.w: Ya Rasulullah! Tunjukkan kepadaku satu amalan yang membolehkan aku memasuki syurga dengan cara itu. Lalu Rasulullah s.a.w bersabda: Kamu hendaklah berpuasa kerana sesungguhnya tidak ada satu cara pun yang mampu menandinginya”
(Diriwayatkan oleh Ibn Hibban)

Selain janji manis dari Allah swt, kita juga mempunyai janji-janji indah yang telah ada dulu lamanya dari Rasulullah saw pembimbing jalan cahaya keimanan buat kita semua sepanjang zaman. Amalan perpuasa ini merupakan antara amalan yang tiada tandingan untuk membolehkan kita memasuki syurga Allah swt. Subahnallah! walaupun kita tidak berupaya untuk melihatnya sekarang di dunia yang bakal hancur ini, namun berusahalah dengan sesungguhnya agar kita semua bakal memiliki dan menggenggam janji yang benar ini sebagai satu pegangan yang tidak akan termungkirnya hingga ke akhir dunia. Sesungguhnya, tiada janji yang lebih benar melainkan janji Allah swt dan Rasulullah swt.

Sabda Rasulullah s.a.w :
“ Setiap amal kebaikan anak Bani Adam pahalanya (dicatat oleh malaikat) kecuali puasa. Sesungguhnya ia adalah untuk-KU dan AKUlah yang memberi pahala puasanya”
(Diriwayatkan oleh al-Bukhari)

Al-Hafidz Ibn Hajar al-Asqalani r.h berkata mengenai hadis di atas:
Ibadah puasa ini dianggap sebagai ibadah khusus untuk Allah kerana ia bebas daripada unsur riak. Ini kerana, perlaksanaannya tidak dapat dilihat oleh mata kasar manusia. Orang yang sedang berpuasa dan orang yang tidak berpuasa sama sahaja dari segi luarannya. Berbeza dengan ibadah seperti solat, membaca al-Quran, berzikir atau bersedekah yang mana perlaksanaannya dapat dilihat secara terbuka dan membuka ruang timbulnya perasaan riak. Oleh itu al-Imam al-Qurtubi r.h berkata: Disebabkan semua amal perbuatan yang ada ini dapat dimasuki unsur riak, sedangkan puasa itu hanya dilakukan semata-mata kerana Allah, tidak hairanlah Allah menisbbahkan puasa itu kepada diri-Nya”
(Ibn Hajar al-Asqalani dalam Fath al-Baari)

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK DAN SELAMAT BERIBADAH DENGAN SEBAIKNYA, SEMOGA KITA SEMUA TERGOLONG DALAM GOLONGAN YANG DIJANJIKAN  KEBEBASAN UNTUK MEMASUKI PINTU SYURGA! INSYAALLAH!AMIN YA RABBAL 'ALAMIN!...... RAMADHAN KAREEM!!!.......


Ahad, 8 Julai 2012

Usaha Jodoh!

Apabila disebut soal jodoh,pasti ramai yang akan tersenyum sendiri kerana ia sangat sensitif disebabkan mempunyai kaitan yang sangat rapat dengan perasaan individu. Inilah perasaan yang dinamakan perasaan sayang dan cinta. Namun hanya sedikit sahaja yang dapat memahaminya dengan jelas. Rezeki, jodoh dan ajal maut sebenarnya telah pun ditetapkan bagi setiap individu sejak azali lagi dan telah pun lama tercatat di Luh Mahfuz sebelum dunia ini wujud lagi.

Apabila sesuatu itu berurusan dengan rezeki, semunya pasti akan mengatakan, walaupun sebenarnya rezeki itu telah pun tercatat sejak dulu lagi, namun rezeki itu tidak akan datang bergolek melainkan kita sebagai manusia wajib berusaha untuk mendapatkan rezeki itu dengan cara yang halal, tidak kiralah sama ada rezeki itu berupa harta, anak pinak, peluang belajar, bekerja dan sebagainya. Semua itu tidak akan ada, tanpa adanya usaha yang setimpal. Begitulah pandangan yang biasa kita dengar dan dipersetujui oleh semua pihak.

Ajal maut pula? semuanya pasti akan berpendapat bahawa walau kemana jua kita melarikan diri, walau setinggi manapun kita tercapai mendaki, walau serendah manapun kita merudum ke bawah, apabila tiba saat gugurnya daun roh itu dari tangkai nyawanya, maka akan terpisahlah roh itu dari jasad sebagaimana yang ditetapkan sejak azali lagi. Inilah satu-satunya pekerjaan Malaikat Izrail sepanjang zaman yang paling menepati masanya tanpa sedikit pun terkurang apatah lagi terlebih. 

Jodoh pula bagaimana? ada pendapat sesetengah orang bahawa jodoh tak kan datang tanpa usaha mencarinya, jodoh tak kan tiba andai tiada usaha untuk menyambutnya, jodoh tak kan hadir jika  tidak dibukakan jalan kehadirannya. Itukan yang dimaksudkan dengan usaha dalam mencari jodoh?? namun sebenarnya, disebalik maksud tersurat itu, ada maksud tersirat yang tersembunyi disebalik kata-kata itu. Jodoh itu juga adalah merupakan suatu ketetapan dari Allah dan usahanya adalah pada diri kita sendiri, iaitu usaha untuk memperbaiki diri menjadi yang terbaik agar jodoh yang akan datang itu adalah yang terbaik datang dari Allah.

Ini telah mengingatkan saya kepada satu Firman Allah yang berbunyi: 

  الْخَبِيثَاتُ لِلْخَبِيثِينَ وَالْخَبِيثُونَ لِلْخَبِيثَاتِ وَالطَّيِّبَاتُ لِلطَّيِّبِينَ وَالطَّيِّبُونَ لِلطَّيِّبَاتِ

“Perempuan yang jahat untuk lelaki yang jahat dan lelaki yang jahat untuk perempuan yang jahat, perempuan yang baik untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik untuk perempuan yang baik.” (an-Nur':26)

Jelas sekali ayat dari firman Allah ini telah menyebutnya. Namun setiap yang jahat itu boleh berubah menjadi lebih baik dengan bertaubat dan memperbaiki diri dengan amalan-amalan yang mulia. InsyaAllah, pasangan yang akan hadir pasti adalah yang terbaik dari Allah swt. Satu isu yang sangat penting yang amat-amat dipandang ringan oleh sesetengah pihak terutamanya kaum muda-mudi yang leka dalam cinta dunia kini, iaitu usaha untuk mendapat restu orang tua sangat diketepikan kerana ingin menjaga hati sendiri dan pasangannya. Bahkan kalau ingin dikira ganti, ibubapa adalah orang sangat perlu untuk dijaga hatinya, inikan pula  diingkari kata-kata dan nasihatnya yang hanya ingin yang terbaik untuk anak-anaknya. Tetapi ada segelintir anak -anak kini yang menjadi buta hati hanya kerana ingin menjaga perasaan cinta mereka yang entah dimana ada baiknya.

Bayangkan selama 20, 23, 25, 27, 30 tahun, seorang ibu dan seorang ayah yang semakin meningkat usia senjanya, namun masih lagi tetap menjaga anak-anaknya dengan baik tanpa mengira apa jua tindakan anak. Tetapi bagi seorang anak, hanya kenal dengan pasangan hanya baru setahun mentah, sudah mula melupakan jasa ibu bapa yang sangat besar berpuluh-puluh tahun lamanya. Apakah ini balasan seorang anak untuk ibubapanya di zaman moden kini.? Alangkah ruginya mereka ini yang bukan sahaja mengingkari kata-kata dan hasrat ibubapa, bahkan hidup mereka tiada keberkatan walaupun telah berjaya hingga setinggi langit dunia, tapi sebenarnya akan menghadapi hidup serendah bumi yang gersang tanpa keberkatan. Nauzubillahi min zalik!!

Usaha yang dimaksudkan pada nukilan kali ini adalah usaha untuk mengubah diri menjadi lebih baik agar mendapat jodoh yang terbaik disisi Allah dan usaha untuk mencapai restu ibu bapa dalam mendapat jodoh yang diberkati Allah s.w.t. bukan sahaja bahagia hidup di dunia, bahkan jua berjaya di akhirat sana. InsyaAllah....