Rabu, 14 Disember 2011

HATI YANG SATU

HATI......inilah satu makhluk Allah yang paling berharga dalam diri setiap manusia kerana hati inilah yang akan menjamin segala perkara yang dilakukan oleh manusia. Andai baik hati itu, maka baiklah tindakan, jika tidak baik hati maka akan tidak baiklah tindakan yang terhasil. Sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w dalam satu hadis daripada hadis 40 Imam Nawawi yang bermaksud: ......"Ketahuilah bahawa dalam setiap jasad itu ada seketul daging yang apabila ia baik maka baiklah seluruh jasad dan apabila ia rosak, maka rosaklah seluruh jasad.Ketahuilah ia adalah hati." (Hadis riwayat al-lmam al-Bukhari dan Muslim.)
Nah! inilah bukti yang jelas, terang lagi bersuluh tentang kedudukan hati yang amat penting sekali peranannya dalam memandu kehidupan manusia di dunia ini. Dan pemanduan ini  haruslah jelas pada tujuannya sama ada berpandu pada IMAN atau NAFSU semata-mata??ya! inilah satu persoalan yang perlu kita semua perhatikan pada diri kita, dimanakah terletaknya kedudukan hati kita yang sebenarnya? adakah pada Iman yang benar atau pada nafsu yang membawa kepada kejahatan.Nauzubillah!!

Kadang-kadang hati kecilku pernah berkata-kata dan bermain sendirian dengan pelbagai persoalan yang timbul...di manakah hala tuju hati ini? bagaimanakah tahap ketetapan yang ada pada hati ini?apakah hati ini telah sampai pada peringkat yang benar-benar dapat menjamin diriku selamat apabila menghadap pada Sang Pencipta kelak? Apakah cukup sekadar ini kemampuan hatiku berfungsi dalam mengejar redha yang Maha Berkuasa? dan banyak lagi persoalan-persoalan yang sentiasa bermain dalam dadaku yang menempatkan hati ini. Hati inilah juga yang akan menunjukkkan siapakah sebenarnya diri kita. sabda Rasulullah s.a.w : "Setiap amalan itu bergantung pada niat..." dan niat ini terletaknya pada hati yang akan terus sampai refleknya pada otak untuk berfikir melalui saluran darah yang akan menentukan apakah tindakan yang akan terhasil.

Selain itu, hati ini lah juga tempat yang selalu biasa dengan perkara yang dinamakan sangkaann atau lebih hebat lagi, namanya ialah " ظن ". sangkaan ini terbagai pula kepada dua sama ada sangkaan yang baik(حسن الظن) atau sangkaan yang jahat(سوء الظن). Sangkaan pada hati ini bukan sahaja ditujukan pada makhluk, tetapi juga berhubungkait dengan al-Kholiq Yang Maha Esa. Sangkaan pada diri kita juga adalah salah satunya dan sangat perlu diperhatikan kerana andai sangkaan pada diri kita itu terpesong dari jalan yang sebenarnya ia akan menyebabkan kebinasaan pada diri kita di akhirat kelak. Yang dimaksudkan di sini tentang sangkaan pada diri ialah jangan sesekali merasa bangga pada diri dengan kebaikan dan ibadat yang dilakukan kerana ia adalah daripada sifat riyak yang juga merupakan daripada syirik khofi. Sebagaimana Rasulullah s.a.w bersabda: " Sesungguhnya perkara yang sangat-sangat aku takuti akibat buruknya menimpa kamu ialah syirik yang kecil." Sahabat-sahabat Baginda bertanya: " Apa dia syirik yang kecil itu ya Rasulullah?" Baginda s.a.w menjawab: "( Syirik yang kecil itu) ialah riak......(HR Mahmud bin Labid r.a). Inilah perkara yang wajib dijaga oleh kita semua pada hati. Dan sangkaan selainnya adalah semestinya berpaksikan kepada husnu al-dzon terutama kepada Al-Kholiq dan makhluk-makhluknya di bumiNya ini.


HATI...yang paling akhir ingin dibangkitkan ialah disitulah letaknya segala perasaan sama ada marah, sayang, benci, cemburu, kasihan dan sebagainya.Perasaan sayang, cinta, kasih dan sayang ini haruslah ditujukan hanya pada yang mencipta perasaan ini dahulu , kemudian ditujukan pula kepada utusanNya, ibu bapa, keluarga, sahabat handai dan sebagainya. Itu adalah sebahagian daripada perasaan positif, tetapi bagaimana pula dengan perasaan negatif?AWAS! perasaan negatif yang berada pada hati ini sangatlah merbahaya kerana akan menyebabkan seseorang itu akan bertindak diluar kawalan, umpamanya seperti perasaan marah, kadang-kadang ia boleh membawa kepada pergaduhan besar  dan seterusnya menyebabkan kepada pembunuhan. Nauzubillah!!


Ya!!itulah sedikit kupasan yang berkaitan dengan hati. Dan yang paling utama tentang hati ialah jagalah hati ini, kerana hati ini hanya satu, sebagai anugerah pertama dan terakhir yang tiada gantinya. Andai anda menjaga hati ini dengan baik, maka akan eloklah segala yang ada pada diri anda. Andai anda gagal menjaga hati ini dengan baik, maka akan musnahlah segala apa yang ada pada diri anda sama ada di sini atau di sana. Kerana semua ini adalah makhluk yang bersifat baru dan tidak kekal, pastinya semuanya akan musnah suatu hari nanti termasuk hati ini. Sama-samalah kita cuba untuk memeriksa kembali hati  kita, sampai tahap manakah pencapaiannya? adakah A+ atau F?fikir-fikir dan renung-renunglah pada hati anda dan hati anda pasti akan berbicara untuk diri anda.. Bermuhasabahlah pada iman kita, hati kita dan amalan kita. Dan didoakan semoga hati kita semua adalah hati yang sentiasa tetap dan istiqomah pada jalan Allah s.w.t, serta tergolong dalam hati yang dijanjikan balasan Syurga di akhirat kelak....Amin...

Isnin, 24 Oktober 2011

DUNIA SEAKAN-AKAN MENJADI SEMAKIN MUDA, TETAPI BUMI TELAH MENJANGKAU USIA SENJA



Dunia dan Bumi merupakan antara makhluk Allah yang besar kerana segala makhluk Allah adalah penghuninya. kedua-duanya adalah bersifat tidak kekal dan akan mengalami hari kehancuran. Hari kehancuran inilah yang disebut hari Kiamat sebagai pengakhir kepada segala-galanya dan akan kembali kepada Allah.s.w.t yang kekal abadi di alam sana. beriman kepada hari kiamat merupakan salah satu diantara rukun Iman yang wajib diyakini oleh semua muslim yang beriman. Dunia ini menjadi semakin hanyut dan alpa gara-gara disebabkan oleh perbuatan manusia, dunia ini menjadi semakin moden, maju dan berkarisma, sedangkan bumi seolah-olah telah menjangkau usia senja.


Sekarang, semua tempat di dunia, sudah tidak ada lagi tempat yang selamat melainkan yang mendapat perlindungan dari Allah s.w.t. bermacam-macam gempa. taufan, ribut dan bencana yang berlaku di bumi ini, wajarlah ia menjadi sedemikian rupa, kerana ia telah hidup beribu-ribu bahkan berjuta-juta tahun dahulu sejak ia diciptakan lagi sebelum penciptaan Nabi Adam 'alaihissalam. apakah kita masih merasa selamat hidup di dunia ini tanpa mendapat perlindungan dan rahmat Allah s.w.t.??semestinya tidak...




Dalam surah Ar-Rum pada ayat 41 Allah s.w.t ada berfirman bahawa kerosakan di bumi dan di langit adalah disebabkan oleh perbuatan manusia sendiri...


"Telah timbul berbagai kerosakan dan bala' bencana di darat dan di laut dengan sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia (timbulnya yang demikian) kerana Allah hendak merasakan mereka sebahagian dari balasan perbuatan-perbuatan buruk yang mereka telah lakukan, supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)."


Bukakan mata hati kita semua. renung-renungkan maksudnya dengan sepenuh hati yang beriman supaya kita tergolong dalam kalangan orang-orang yang berfikir yang disebut sebagai ulul al-bab yang sebenar...

Selasa, 27 September 2011

PENGHARGAAN

Penghargaan merupakan satu perkataan yang sangat masyhur dan mungkin diketahui maknanya oleh semua. Tetapi adakah perkataan ini diamalkan dalam kehidupan seharian kita?? Pengahargaan ini biasanya disebut apabila kita beroleh suatu kebaikan dan diberi satu penghargaaan terutamanya sesama makhluk. ya! memang benar, memberi penghargaan adalah satu amalan mulia dikalangan makhluk, tapi bagaimana pula dengan penghargaan kepada al-Kholiq?? adakah kita sedar bahawa kita sebenarnya mempunyai hutang penghargaan yang paling besar kepada Allah s.w.t??adakah kita sedar bahawa nikmat yang paling besar yang kita nikmati sehingga hari ini ialah nikmat IMAN dan ISLAM??..adakah kita telah memberi penghargaan yang sebaiknya kepada pemberi segala nikmat atau pemberi kepada segala kebaikan??memang kita tidak mampu untuk memberi penghargaan yang tertinggi kepada Yang Esa kerana kita bukanlah seorang yang sempurna sepertimana Rasulullah s.a.w....walaupun kita tidak mampu untuk memberi penghargaan yang terbaik sebagaimana Rasulullah s.a.w, tetapi memadailah kita sentiasa melakukan segala perkara yang disuruh dan menjauhi segala perkara yang dilarang serta tidak lekang daripada terus mengingatiNya dengan BERZIKRULLAH dan sebagainya.....ALLAHUAKBAR!!

Dalam satu hadis, Rasulullah pernah bersabda bahawa Allah memberi dunia kepada siapa yang disukainya dan tidak disukainya, tetapi Allah tidak akan memberi iman melainkan kepada yang disukai dan disayangiNya....ya! jelas sekali di sini bahawa iman itu adalah anugurah Allah yang paling besar kepada sesiapa hambaNYa yang beriman dan semestinya yang dicintainya...semoga mereka yang dimaksudkan dalam  hadis ini dalah kita semua..AMIN..tetapi bagaimanakah dengan cinta kita kepada Allah??bagaimana dengan cinta kita kepada Rasulullah??bagaimana cinta kita kepada semua Makhluk Allah??bagaimana dengan cinta kita kepada  Kitab Allah?? bagaimana dengan itu semua..MASYAALLAH!!terasa amat berat sekali untuk kita memikirkan bagaimanakan kita sebenarnya disisi Allah s.w.t...


Fikir-fikirkan dan muhasabahlah diri kita semua, termasuk diri ini yang sangat kerdil. ayuh semua, marilah sama-sama kita bangunkan diri dari tidur lama kita, bukakan mata hati kita semua untuk melihat bagaimana kehidupan kita yang sebenarnya..adakah mengikut acuan yang disyariatkan Allah??adakah berpandukan Al-Quran dan As-Sunnah??andai itulah laluan hidup kita sekarang, Alhamdulillah, panjatkanlah sebanyak-banyak kesyukuran kita kepada Allah sebagai satu penghargaan kepdaNya dari seorang hamba.sentiasalah berdoa agar sentiasa ditunjukkan jalan yang lurus dan sentiasa bersama para solihin serta dijauhi dari golongan yang dimurkai Allah..AMIN..

اللهم اهدنا صراط المستقيم، صراط الذين أنعمت عليهم من النبيين والصديقين والشهداء والصالحين، وحسن اولئك رفيقا يا أرحم الراحمين، يا أرحم الراحمين،  يا أرحم الراحمين....أمين يا رب العالمين


Isnin, 26 September 2011

"المرءة الصالحة"



"al-mar'atussolihah tunggak kecemerlangan"- itulah kata-kata yang selalu diulang-ulang oleh pengetua semasa perhimpunan ketika saya masih dibangku sekolah. Ketika ini, seolah-olah masih terngiang-ngiang di cuping telinga ini kalimah ini disebut. Kalimah yng keramat ini sangat bermakna buat saya untuk dijadikan sebagai teras dalam hidup. Maksud kalimah ini sangat besar maknanya dimana ia membawa maksud Wanita yang solehah adalah tunggak kepada kecemerlangan tidak kiralah sama ada kecemerlangan diri, keluarga dan segala-galanya. kalimah pertama itu sendiri mempunyai makna yang pelbagai andai dipecahkan kepada maksud tersiratnya. Dua persoalan yang boleh saya timbulkan di sini.:
pertama: Bagaimanakah ciri-ciri wanita solehah itu sendiri?
kedua : Kecemerlangan yang bagaimanakah akan dicapai?
ya....dua persoalan ini jika diperincikan memang tidak akan cukup untuk beberapa lebaran kertas sahaja, bahkan ia memerlukan kepada  pemahaman yang baik bagi mengelakkan salah faham dan salah tafsir terhadap kalimah ini.marilah sama-sama wahai wanita atau perempuan solehah terus memperbaiki diri kita untuk menjadi wanita sebagaimana yang dipandukan oleh syariah Islam, dan insyaAllah akan dapat membina satu kejayaan pada diri, keluarga, masyarakat dan negara..MUSLIMAH SENTIASA CEMERLANG DUNIA DAN AKHIRAT!!

Rabu, 31 Ogos 2011

Kematian pengakhir hayat di dunia....



"setiap yang bernyawa pasti akan merasai kematian". begitulah firman Allah s.w.t dalam  Surah Al~Imran : 180...ayat ini telah memberi peringatan kepada kita bahawa setiap yang bernafas  di atas muka bumi ini akan mengalami kematian tidak kiralah sama ada manusia, haiwan, tumbuhan atau lain-lain kerana semuanya akan merasai kematian dengan cara masing-masing yang tersendiri. Sebagai manusia yang beriman kepada Allah s.w.t dan Rasulullah s.a.w kita wajib beriman bahawa mati itu pasti dan akan datang pada bila-bila masa apabila tiba masanya. Kita sebagai hamba Allah s.w.t mestilah sentiasa bersedia dengan bekalan-bekalan yang akan dibawa ke dunia sana kelak. Dunia tersebut dipanggil alam barzakh yag akan dilalui oleh semua manusia dengan cara masing-masing. Jika baik kehidupan di dunia ini, maka baiklah kehidupannya di alam sana, dan begitulah sebaliknya. Apa yang penting, bagaimanakah bekalan yang bakal di bawa oleh kita untuk masuk ke alam sana, mudah-mudahan kita semua akan tergolong dalam kalangan orang beriman dan beramal soleh......AMIN

Sementara apabila selesai bacaan talqin dan semua sanak saudara bersurai pulang ke rumah, maka akan datanglah dua malaikat yang akan menyoal siasat. Bersiap siagalah anda untuk menjawab setiap soalan yang ditanya dengan baik, jika tidak, maka nahaslah dikerjakan, satu sebatan akan menyentuhkan kedua-dua rusuk kalian yang amat sakit dan derita sekali...itulah ulangan yang akan dilaksanakan jika berterusan gagal menjawab persoalan yang ditanya. Aduh!!!amat sakit sekali.... Semoga kita semua dipermudahkan untuk menjawab persoalan-persoalan yang diutarakan dan akan mendapat pengakhiran yang terbaik sehingga ke syurga yang dijanjikan kepada orang-orang beriman...AMIN

بسم الله الرحمن الرحيم...............
اللهم هون علينا في سكرات الموت والنجاة من النار والعفوى عند الحساب،
اللهم انا نسألك حسن الخاتمة ونعوذبك من سوء الخاتمة،
ونعوذبك من عذاب القبر ومن عذاب النار،
ربنا آتنا في الدنيا حسنة وفي الأخرة حسنة وقنا عذاب النار،
وصلى الله على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم....آمين


Khamis, 25 Ogos 2011

Wanita solehah hiasan dunia...



Beritahu pada muslimah itu dirinya ibarat kaca; 
disentuh terguris, dihantuk serpih, dihempap berkecai. 
Beritahu pada muslimah itu jaga tutur kata;
cakap tinggi nanti dibenci, terlalu rendah dipijak pula, 
cakap sombong mengundang lawan, hati-hati meluah kata, 
kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa. 
Beritahu pada muslimah itu jaga tingkah laku; harga diri letaknya di situ, jangan meluru ikut telunjuk nafsu, sesekali tersilap langkah, 
akan dihukum selamanya, keturunan dicerca payah, menyesal kemudian bukan faedah. 
Beritahu pada muslimah itu jaga pakaian; 
ia cermin peribadi, juga lambang bangsa, di mana dan dalam keadaan macam manapun, 
biar orang kenal...Dia orang ISLAM. 
Beritahu pada muslimah itu simpan secebis malu; kerana malu itu, sebahagian daripada iman..