Sabtu, 31 Mac 2012

~wahai wanita~



Wahai wanita...
Janganlah kamu mudah percaya pada mana-mana lelaki,
Sebaiknya hendaklah kau uji mereka dahulu.
Dengan soalan-soalan keagamaan,
Dengan dugaan-dugaan kesetiaanya pada agama,
Agar nanti kau bakal memiliki,
Seorang suami yang terbaik,
Yang boleh menjagamu sebagai amanhnya,
Yang boleh melindungimu sebagai penjagamu,
Yang boleh mendidikmu sebagai pendakwahmu.....

Wahai wanita...
Janganlah kau mudah terpedaya dengan janji-janji manis mana-mana lelaki,
Sebaiknya kau tetapkan hatimu pada janji-janji benar Allah dan Rasul,
Kerana lelaki itu adalah manusia biasa yang tidak boleh dipercayai kata-katanya dengan mudah,
Agar nanti kamu mampu memiliki,
Seorang suami yang terbaik,
Yang sentiasa menegurmu apabila kau salah,
Yang sentiasa menunjukkanmu jalan yang benar apabila kau sedikit tersasar,
Yang sentiasa mengingatkanmu dengan ayat-ayat Allah yang Maha Benar,
Yang sentiasa menyedarkanmu dengan bicara hadis Rasulullah yang benar semuanya......

Wahai wanita....
Janganlah kamu mudah menerima mana-mana lelaki sekalipun,
Sebaiknya, kamu buatlah penelitian yang sangat teliti,
Agar lelaki yang bakal kau pilih itu,
Adalah lelaki yang terbaik,
Yang boleh membimbingmu ke jalan Agama,
Yang boleh membawamu melangkah ke syurga Allah,
Yang boleh memberimu kebahagiaan dunia dan akhirat.......

Wahai wanita...
Hendaklah kau menjaga dirimu sebaiknya sekarang,
Sebagai persediaanmu menerima satu amanah besar dari Allah,
Setelah kau menikah kelak,
Setelah kau menerima kehadiran seorang suami,
Setelah kau akan menjaga, melindungi, dan mendidik bakal zuriat-zuriatnya,
Sebagai penerus umat Rasulullah yang sentiasa taat dan patuh pada suruhan agama......

Wahai wanita....
Setelah semuanya kau sudah bersedia dan yakin,
Kau pilihlah jalan yang dikurniakan Allah buatmu,
Kau terimalah lelaki yang dianugerahkan buatmu,
Kau taatilah dia sebagaimana suruhan Allah Yang Maha Kuasa,
Agar nanti kau bisa mencapai kedudukan terbaik di sisi tuhanmu,
Agar nanti kau bisa menjadi isteri kepada suamimu di syurga kelak selain bidadarinya,
Yang bakal dianugerahkan Allah buatnya dan buat dirimu jua,
Agar nanti kebahagiaan kau bakal miliki dunia dan akhirat.....
InsyaAllah.....
Amin Ya Rabbal A'lamin....


Tiada ulasan:

Catat Ulasan